Wednesday, 20 January 2016

Muntah & loya petanda baik untuk ibu hamil



Muntah dan mual semasa awal kehamilan biasa kita dengar kan. Tahap kronik lagi, nak cerita semula pun rasa boleh bayangkan keadaan masa tu hingga cakap kat husband,


Nanti tolong ingatkan saya tak nak mengandung lagi…

Teruk benor kan keadaan kalau macam tu. Hanya yang alami keadaan ini sahaja akan memahami terutama ibu-ibu yang mengalami alahan extreme macam MJ. Kalau yang muntah-muntah loya biasa tu masih boleh tahan lagi, tapi kalau yang jenis luarbiasa akan bawa mudarat yang lain.

MJ dulu kedua-dua kehamilan macam tu. Tak boleh langsung nak telan makanan, hatta air pun. Masa tu yang ingat hanya boleh makan laici dalm tin tu (itupun lepas makan setengah jam keluar balik) dan juga koko krunch. Kurus kering jadinya ok. Menangis setiap hari. Pahala..pahala..
Kenapa Boleh Rasa Mual Nak Muntah?

Rasa loya dan nak muntah ni boleh berlaku di usia kandungan 6 minggu. Tapi ada juga yang boleh berlaku seawal minggu keempat kandungan, terpulang pada badan ibu masing-masing.

Ia boleh berlarutan hingga minggu ke 14 tetapi ada juga ibu yang tak hilang loya dan muntah tu sehingga bersalin.

Sebenarnya tiada sebab yang spesifik boleh menyatakan kenapa berlakunya muntah dan loya ini semasa hamil. Tetapi ia amat berkai rapat dengan hormon semasa hamil.


Hormon HcG -ini adalah hormon kehamilan yang mana dipercayai bila meningkat, ia seiring dengan rasa loya tu tadi. Kehamilan kembar membuatkan ibu mempunyai lebih banyak hormon HcG. Maka kebarangkalian untuk loya dan muntah itu lebih tinggi (bergantung pada badan seseorang).

Apa pulak hormon HcG ni? Ia sebenarnya tanda kehamilan anda sihat.


Human Chorionic Gonadotropin

Berbelit lidah nak sebut benda ni kan. Ia dihasilkan semasa mengandung, kalau tak hamil benda ni takde tau. Ia dihasilkan oleh sel untuk membentuk plasenta. Hormon ni memelihara telur setelah ia disenyawakan dan melekat di dinding rahim.

Bermakna adanya hormon ini menunjukkan kehamilan yang sihat kan. Sebab ia jaga telur tu. Petanda baik untuk ibu yang hamil dan tengah alami loya pening dan muntah sekarang.

Ketahuilah ia tanda kehamilan anda sihat dan dipercayai kandungan yang sebegini akan melahirkan bayi yang sihat walafiat juga.

Bertabah sebentar untuk kepentingan bayi dalam perut anda ok. Bila dah tahu ianya baik untuk kandungan, ibu akan rasa lega. Tahniah untuk ibu hamil dan selamat melahirkan nanti:)

No comments: