Wednesday, 18 November 2015

POLIPS SERVIKS

Salam khamis yang ceria buat seluruh warga jamu bidan yang di kasihi..

Pagi ini sy nak kongsi sedikit masalah berkaitan polip serviks...anda pernah dengar tentang penyakit ini??..saya pasti dalam ni ramai cerdik pandai yang tau banyak masalah penyakit puan ini...okey, kita terus kepada fakta penyakit ini.
Apakah yg dikatakan polip serviks???..
Polip serviks merupakan satu pertumbuhan jaringan epital yang berlaku pada salah satu organ tubuh, dan selalunya ia berlaku di bahagian rahim, iaitu dibahagian mulut rahim ataupun di rongga rahim. Ianya bersifat jinak dan tidak mustahil akan memjadi ganas. Ianya boleh terjadi pada usia sebelum atau sesudah menopouse.
Penyebab tumbuhnya polip ini adalah kerana meningkatnya kadar hormon astrogen didalam tubuh seseorang wanita, tapi penyebab yg lain boleh juga berlaku apabila kita tidak menjaga kebersihan miss v dengan baik, terutama ketika haid, iaitu kita tidak menukar tuala wanita yang kita pakai sekerap yang mungkin menyebabkan miss v sentiasa basah dengan darah kotor yang boleh mengundang bakteria...khususnya bagi wanita yang menggunakan tuala wanita yang diperbuat dari kertas kitar semula atau pulpa kayu.
Penyakit ini juga boleh berlaku pada ibu hamil akibat tidak menjaga kebersihan miss v, dan ianya boleh menjadi risiko ketika bersalin sekira saiznya semakin membesar.
Pada dasarnya ia tidak terlalu merbahaya, tetapi ianya sangat menganggu kerana sering menimbulkan pendarahan setelah melakukan hubungan seksual dan kerap kali merasa kesakitan dengan keadaan kedatangan haid yang tidak teratur.
Tetapi penyakit ini berpotensi menjadi TUMOR ganas yang boleh membawa MAUT jika tidak segera di rawat, meskipun pada awalnya ia dikatakan tidak merbahaya...namun ia agak berbeza dari kanser serviks walaupun gejala keduanya seakan2 sama.
Bagaimana mengenali penyakit polip rahim???
* Terjadinya pendarahan diluar waktu haid, dan warna darah tersebut lebih terang dari darah haid.
* Pendarahan haid yang tidak teratur, contohnya kedatangan haid yang terlalu lama melebihi edah yang sepatutnya bagi haid.
* Pendarahan pada vagina selepas usia menopouse.
* Selalu berlaku pendarahan selepas melakukan hubungan seksual.
Bagaimana cara mengatasinya???
Sebaiknya jangan mengambil makanan ber colagen, lebih2 lagi bagi orang yang pernah berlaku sebarang ketumbuhan dalam badan, seperti cyst atau sebagainya..kerana colagen ini akan lebih meningkatkan hormon astrogen didalam tubuh kita.
Jaga kebersihan miss v sebaiknya, amalkan pemakaian tuala wanita yang diperbuat daripada kapas dan tukar tuala wanita dalam masa yang sepatutnya.
Sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat.
Bagaimana cara merawatnya ???...
Amalkan herba2 yang bersifat merencatkan sebarang ketumbuhan dan pembengkakan dalam badan, contohnya herba sirsak (durian belanda), Mahkota dewa, bayam duri, rawang ikan jerung, kunyit dan lain2 herba yang boleh membantu masalah berkaitan.
Atau lebih mudah anda boleh mengambil ubatan herba yang telah di proses dan mengandungi salah satu dari bahan2 yang saya sebutkan di atas.
Hanya disini perkongsian saya untuk kali ini, semoga anda semua beroleh manfaat dari apa yang saya kongsikan.

Apabila seorang wanita sihat dalam sebuah rumah tangga, maka seluruh keluarga akan bahagia, kerana wanita adalah tunggak sebuah rumah tangga.

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MERAWAT.


No comments: