Wednesday, 11 November 2015

Tumbuhan Adenomyosis


Adakah anda mengidap senggugut teruk?

Tumbuhan pada rahim bergelar adenomyosis. Rahim jadi bengkak dan membesar saperti hamil tiga bulan.
Gejala utama ialah senggugut yang amat terok sehingga mengguling2 perlu makan pain killer dan sering cuti kerja.
Ada yang mengalami perdarahan berterusan dan berpanjangan serta berjetul2 menjadikan pucat anemia.

Dipercayai punca utama ialah darah haid yang meresap masuk ke dalam dinding otot rahim menyebabkan radangan inflamasi . Keadaan ini berlaku terus menerus setiap kali wanita berkenaan datang haid. Proses radangan/inflamasi dalam jangka panjang menyebabkan fibrosis pada otot2 rahim dan rahim terus membengkak.

Berbeza dengan fibroid fibrosis dan pembengkakan dalam adenomyosis melibatkan keseluruhan otot2 rahim, sedangkan tumbuhan fibroid melibatkan hanya sebahagian otot rahim sahaja dan ia ada selaput atau capsule yang menyelubungi tumbuhan fibroid. Oleh itu fibroid mudah dibuang dengan pembedahan sedangkan adenomyosis sukar dibuang tanpa merosakkan rahim.

Tumbuhan ini terus membesar atas pengaruh hormon estrogen. Bila putus haid baru tumbuhan terkawal. Tetapi untuk menunggu putus haid mungkin mengambil puluhan tahun kerana ia melanda wanita dalam umur muda.


Sering melanda wanita umor 40an tahun keatas. Juga sering melanda pesakit endometriosis dalam stage 4. Semakin ramai wanita dalam umur muda 30an tahun atau kurang dilanda tumbuhan adenomyosis.

Dilema untuk merawat pesakit muda yg masih berharap utuk hamil. Ada dikalangannya yang belum berumor 30 tahun sudah dilanda tumbuhan adenomyosis. Malah ada yang belum kahwin pun sudah mengidap penyakit ini.

Punca sebenar penyakit endometriosis dan dan adenomyosis tidak diketahui tetapi kebanyakkan ada kaitan dengan penyakit endometriosis. Ramai gadis2 yang mengalami senggugut sejak remaja mengidap penyakit endometriosis. Ia berpunca dari tumbuhan sel2 endometrium yang terkandung dalam darah haid diluar rahim, biasanya dibelakang rahim, sekitar kilang ovary, saluran fallopio, usus dan pundi kencing. Dipercayai sel2 endometrium sampai ke tempat2 tersebut akibat 'retrograde menstruation' atau limpahan darah haid ke belakang rahim.
Dalam keadaan biasa sel2 darah haid dapat disapu bersih oleh sel2 pertahanan (phagocytes). Apabila ketahanan atau immunity menurun sel2 endometrium terus tumbuh jadi penyakit endometriosis.

Bila endometriosis menjadi terlalu teruk ia akan tumbuh dalam rahim sebagai tumbuhan adenomyosis.

Stress fizikal, mental dan emosi adalah faktor penyebab penting bagi penyakit endometriosis dan adenomyosis. Stress boleh timbul ditempat kerja, dalam pergaulan dengan rakan dan teman, di jalan raya ketika memandu, di rumah ekoran masalah keluarga dan lain2. Stress menyebabkan ketahanan badan/immunity menurun dan mudah tubuh badan diserang penyakit.
Darah haid yang biasanya tidak mendatangkan mudarat jadi mengganas dan merosakkan bila immunity menurun.


Immunity menurun juga sering disebabkan pemakan yang tidak seimbang dan kekurangan dalam vitamin2, logam2 dan antioxidants. Punca utama zat2 tersebut ialah sayur2 dan buah2. Tabiat tidak suka sayur dan buah2 ketika umur kanak2 dan remaja dan terlalu minat dengan fast dan junk foods.


No comments: