Tuesday, 10 November 2015

PROLAPS

PROLAPSE UTERUS (tombong)

Taukah anda apakah yg dimaksudkan dengan prolapse uterus, atau org2 tua menyebutnya tombong??...
Ia adalah satu keadaan bilamana kedudukan rahim sudah sampai ke pintu rahim.
ada beberapa sebab berlakunya gejala ini, antaranya :

* kekerapan bersalin secara normal/jarak kelahiran yg rapat2.
* kondisi yg menyebabkan tekanan dalam perut, sprt batuk kronik yg terlalu lama.
* Teranan yg kuat ketika membuang air besar akibat dari sembelit yg teruk.
* Naik turun anak tangga terlalu kerap.
* Selalu mengangkat bebanan yg berat.
* Jatuh terduduk dengan keadaan terhempap bahagian punggung.
* Kelemahan otot pinggul bila berusia lanjut.
* Kegemukan/obesiti.

Ketahuilah anda kaum hawa, bahawa rahim kita ini sangat mudah bergerak dari kedudukannya jika tidak dijaga dengan baik.

Bagaimana seseorg itu boleh tau dia mengalami prolapse uterus??...

* Selalu sakit di bahagian pinggang dan punggung.
* Sakit di bahagian ari-ari.
* Selalu rasa nak buang air kecil.
* Terkencing ketika batuk, bersin atau ketawa.
* Terasa ada sesuatu yg menonjol dan ingin keluar dari vagina.
* Terasa tidak selesa ketika membuang air besar, sprt ada sesuatu menghalang.

Cegah diri anda sebelum ianya berlaku dan jika anda kaum hawa mengalami simptom2 diatas, bersegeralah mencari penawarnya...jangan sampai terlambat.

*MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT*




No comments: