Monday 28 December 2015

SUAMIKU SUBUR?????

Tanda Tanda Lelaki Subur:

Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

1 Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.

2 Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.

3 Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.

4 Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

5 Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki..

1. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.

Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

2.Pengaliran Sperma Yang Mantap:

Ramai pasangan suami isteri yang inginkan anak berpendapat kehamilan akan boleh berlaku dalam jangka masa yang singkat jika melakukan hubungan seks setiap hari terutama pada waktu isteri itu subur.

Ini tidak benar. Walaupun lelaki mampu menghasilkan begitu banyak sperma pada setiap hari (150 – 250 juta sehari) namun ia memerlukan juga sistem pengaliran sperma yang mantap. Ada kalanya sistem pancutan kurang mantap dan kadangkala pancutan air mani langsung tidak berlaku walaupun lelaki tersebut mencapai orgasme.

Jika hubungan seks di lakukan selang sehari atau dua hari sekali, sistem pancutan atau pengaliran tidak tergendala atau lemah maka banyak sperma dapat di salurkan ke dalam faraj.

Jadi seeloknya jika mahukan cahaya mata lakukan hubugan seks bersama isteri selang sehari meskipun pada waktu isteri subur. Lagipun jika hubungan seks terlalu kerap di lakukan, gangguan boleh berlaku pada kedua belah buah zakar (tekanan atau stres) dan akibatnya sperma yang di hasilkan kebanyakannya sperma yang kurang matang dan tidak berkualiti.

3.Air mani cair tidak bermakna tiada benih:

Air mani yang banyak dan pekat bukan petanda seseorang lelaki itu subur. Begitu juga dengan air mani yang cair ia tidak bermakna tiada benih ataupun tidak subur. Air mani yang cair itu adalah sesuatu yang normal.

Air mani akan cair dalam masa 10 hingga 15 minit jika ia pekat waktu keluar. Sperma sebenarnya mudah ‘berenang’ atau berkeliaran jika air mani itu cair. Air mani yang pekat dan tidak mudah cair ialah satu petanda bahawa sistem anggota reproduksi lain iaitu pundi prostat tergendala dan perlu mendapat rawatan.

Selain itu kebanyakan lelaki berpendapat air mani perlu keluar secara pancutan, lebih jauh dipancut kononnya lebih baik lagi. Pendapat ini sememangnya tidak betul. Tidak kira sama ada air mani keluar secara meleleh atau memancut di dalam faraj, asalkan ia keluar dan dapat di salurkan serta di terima oleh faraj.

Semoga bermanafaat...


9 Tanda BESAR Berkemungkinan Anda Mempunyai Masalah Ketidakseimbangan HORMON !!!



Sebenarnya bagi wanita, banyak perubahan yang paling ketara ketidakseimbangan hormon ini adalah semasa mereka berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an, tetapi tak mustahil boleh juga dilihat seawal pertengahan 20 hingga 30-an….Namun, ramai lagi wanita yang mempunyai tanda-tanda awal masalah hormon, yang banyak berkaitan dengan bukan sahaja gaya hidup dan pemakanan kita, malah juga terhadap pencemaran, toksin dan xenoestrogens (bahan kimia sintetik yang bertindak sebagai estrogen dalam badan kita) yang kita terdedah setiap hari ….

Secara Ringkas Kesan-kesan Ketidakseimbangan Hormon Kepada Wanita

👉Rambut gugur / pertumbuhan rambut di wajah atau tubuh badan
👉Osteoporosis
👉Murung atau Stress
👉Kenaikan berat badan
👉Alergi
👉Kulit kering
👉PMS
👉Fibroid
👉Lelah
👉Gemuk air

Tanda-Tanda Ketidakseimbangan Hormon Bagi wanita:

1. Berat badan meningkat.
Gaya hidup, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah komponen penting dalam mengekalkan berat badan yang sihat. Ramai wanita yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon menyebabkan sukar untuk mengekalkan berat badan yang sihat.

2. Lemak di bahagian perut dan kehilangan jisim otot.
Apabila sistem endokrin anda stress, hormon tertentu akan kurang dihasilkan dan hormon lain (selalunya cortisol) akan dihasilkan lebih banyak. Ini menyebabkan badan menyimpan lemak menyebabkan meningkatnya lemak di bahagian perut.

3. Masalah penghadaman.
Gas, kembung dan pencernaan perlahan adalah masalah hormon yang biasanya tidak dikaitkan dengan ketidakseimbangan hormon, tetapi boleh dikaitkan dengan makanan yang tidak sihat, tidak mengunyah makanan dan makan terlalu banyak.

4. Keletihan.
Belum tengahari dah lemau? Bukanlah sesuatu yang normal jika anda selalu berasa lesu, dan tidak teratur.

5. Kebimbangan, cepat marah dan kemurungan.
Kebimbangan dan kemurungan adalah petunjuk bahawa anda mempunyai ketidakseimbangan hormon, keracunan, bekerja terlalu keras, tertekan, dan berkemungkinan besar tidak memberi badan anda nutrisi yang diperlukan.

6. Kurang bernafsu.
Salah satu tanda yang paling ketara ketidakseimbangan hormon adalah nafsu yang kurang, yang bermula dari tidur yang terganggu. Tanpa tidur yang berkualiti pengeluaran hormon seks boleh berkurangan.

7. Insomnia dan corak tidur yang tidak teratur.
Insomnia menyebabkan tekanan dan meningkatkan tahap kortisol, yang secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Kitaran tidur yang tidak sihat menggangu sistem biologi badan kita.

8. Berpeluh.
Bagi kebanyakan wanita, berpeluh malam dan hot flashes adalah tanda pertama bahawa sesuatu tidak kena. Ini bukan masanya untuk memulakan terapi hormon gantian, tetapi memulakan jurnal makanan dengan mencatat apa yang anda makan dan minum, bagaimana anda rasa secara fizikal, dan emosi.

9. Mengidam.
Sebab-sebab biasa mengidam dan makan berlebihan adalah kerana keletihan adrenal, rintangan insulin, dan ketidakseimbangan hormon lain. Mengurangkan gula, alkohol, tenusu dan karbohidrat, bukan sahaja akan membantu keinginan kawalan, tetapi membantu memelihara sistem pencernaan kita juga.

Antara Tip-Tip Mengatasi Ketidakseimbangan Hormon

1. Katakan Tidak Pada Kafein
Kafein menyebabkan kelenjar adrenal menghasilkan hormon berlebihan dan menghalang penyerapan zat dan khasiat ke dalam tubuh badan kita.

2. Makan vitamin Secukupnya
Selain mengamalkan tip-tip sihat di atas, lengkapkan kesihatan kita dengan pengambilan suplemen dan vitamin yang semulajadi dan selamat untuk kesan kesihatan berpanjangan.

3. Pengambilan Makanan Kaya Omega 3
Pengambilan buah, sayur dan kekacang dalam diet makanan mampu menjana kesihatan hormon yang lebih baik. Lebihkan makanan yang kaya Omega 3 atau ambil 500 gram minyak zaitun sehari untuk membantu menstabilkan hormon dan agar membran sel menjadi lebih responsif dan sihat.

4. Jauhi Stress
Kurang rehat bagi seseorang bakal mengundang stress. Ramai antara kita yang mengalami gaya hidup yang terlalu sibuk sehingga tidak memberikan cukup rehat kepada tubuh badan sendiri. Lakukan riadah ringan, nikmati keindahan alam, solat dan zikir mampu meringankan stress kita.

5. Jauhi Selalu Makan Luar.
Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat, bergoreng, berlemak, makanan segera dan minuman ringan dan minuman susu bukan organik/ semualajadi.

6. Tidur yang Cukup
Sekurang-kurangnya dapatkan waktu tidur 6 – 8 jam sehari untuk mengimbangi kepenatan badan daripada kerja seharian….

Hargai tubuh badan yang diberikan oleh ALLAH..untuk menikmati kebahagiaan...

Thursday 24 December 2015

"BLACKOUT" informasi tentang PCOS


Apabila kita putarkan jam kebelakang dan menerima hakikat sebenarnya, ramai daripada mereka ini telah mengalami masalah pcos sejak dari muda remaja lagi.Samada disedari atau tidak, atau mungkin di usia muda remaja amat jarang sekali didedahkan dengan informasi tentang PCOS.

Apa yang menyedihkan,ramai diantara remaja masih keliru dan tidak memahami “bahasa tubuh” mereka sendiri apabila membiarkan isyarat yang diterima berlarutan tanpa meminta nasihat atau rawatan dari pakar diklinik/hospital.

Mengenali Penyakit PCOS

Polycystic ovari syndrome

(PCOS) adalah penyakit endokrin pembiakan yang paling biasa di kalangan wanita dalam usia reproduktif. Walaupun pcos tidak menerima publisiti yang meluas, ia memberi kesan kepada ramai remaja wanita . Malahan 1 dalam 10 wanita dipercayai mengalami masalah ini.

Apakah sebenarnya PCOS?

PCOS berpunca dari ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan haid tidak teratur, tumbuh bulu rambut yang tidak di ingini dan jerawat.

Nama "Poli", yang bermaksud "banyak", dan "Cystic", yang bermaksud "cyst", merujuk kepada fakta bahawa mereka yang mempunyai PCOS mempunyai ovari yang mengandungi banyak cyst kecil. Cyst kecil ini juga dipanggil folikel tumbuh dalam ovari ,namun ianya bukan sejenis barah dan tidak perlu dibuang melalui pembedahan.

Apakah tanda-tanda seseorang yang mengalami PCOS?

Wanita yang mengalami PCOS lazimnya mempunyai satu atau lebih tanda-tanda.Sebahagian daripada tanda-tanda yang paling biasa termasuk:
👉Haid tidak teratur - haid yang datang beberapa bulan sekali, tidak datang haid sama sekali, atau haid yang terlalu kerap

👉Hirsutisme – tumbuh bulu yang lebat pada muka atau bahagian badan lain

👉Jerawat

👉Penambahan atau penurunan berat badan dan dalam beberapa kes kegemukan (obesiti)

👉Nigricans acanthosis keadaan seperti tampalan kulit gelap di bahagian belakang leher dan kawasan-kawasan lain.

👉Ketidaksuburan disebabkan haid yang tidak teratur atau kekurangan ovulasi(waktu subur)

Lain-lain yang tanda / gejala termasuk:

👉Penipisan rambut (pada bahagian atas kepala)
👉Kolesterol tinggi dan / atau HDL rendah "kolesterol baik"
👉Tekanan darah tinggi
👉Pra-diabetes atau dalam beberapa kes, diabetes

Apa yang menyebabkan PCOS?

PCOS adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang seterusnya memberi kesan kepada ovari. Ramai remaja dengan PCOS juga mempunyai tahap insulin yang lebih tinggi daripada tahap insulin normal.PCOS biasanya berlaku apabila hormon luteinizing (LH) meningkat atau tahap insulin terlalu tinggi,menyebabkan pengeluaran testosteron(hormon lelaki) tambahan oleh ovari.

Bagaimana untuk mengetahui jika mengalami PCOS?

Jika remaja mengesan 2 atau lebih daripada gejala-gejala di atas, berkemungkinan besar terdapat risiko PCOS.

Kesan penyakit PCOS Kepada Masadepan Para Remaja.

Ramai remaja yang bermasalah PCOS kurang memahami tentang kesan yang bakal ditanggung apabila meningkat dewasa dan berumahtangga kelak.

Sediakan payung terlebih dahulu sebelum turunya hujan” .
Perkara yang utama sekarang adalah memahami perkara asas tentang pcos dan gejala-gejala yang datang bersamanya, supaya mudah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya walaupun dalam usia yang muda remaja.


Wednesday 23 December 2015

PENGGUNAAN ALAT PENCEGAH KEHAMILAN DI DALAM RAHIM(IUCD)


Apakah Intra Uterine Contraceptive Device(IUCD)??
Merupakan 1 kaedah perancang keluarga yang berkesan.Ia diperbuat daripada bahan khas yang mempunyai benang .Ia dimasukkan ke dalam Rahim melalui faraj ketika haid dan dikeluarkan apabila genap 3 tahun.
Apakah Fungsi IUCD??
~ Menghalang sperma dari memasuki Rahim
~ Mencegah pelekatan janin pada dinding Rahim
Apakah penjagaan khusus selepas pemasangan IUCD
⏩ pada minggu ke 4 selepas pemasangan IUCD,pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh petugas kesihatan dan di ulangi setiap 6 bulan
⏩ Pengguna digalakkan untuk melakukan pemeriksaan sendiri seperti yang di ajar oleh petugas kesihatan untuk mengenalpasti alat IUCD masih berada dalam Rahim
Berapa lamakah pemasangan IUCD?
⏩Biasanya diantara 3 hingga 5 tahun bergantung kepada jenis IUCD yang digunakan
Adakah ia menjejaskan hubungan kelamin semasa memakai IUCD?
⏩Tidak,kerana IUCD berada di dalam Rahim
Apakah kesan sampingan penggunaan IUCD??
⏩Antara kesan sampingan yg dialami :
🌹Pendarahan lebih dari biasa semasa haid
🌹Perubahan kitaran haid
🌹Senggugut aan menjadi lebih teruk di peringkat awal penggunaan IUCD
🌹 Sakit pinggang
Apakah yang berlaku jika IUCD tidak dikeluarkan selepas tempoh yang ditetapkan?
⏩Sekiranya IUCD tidak dikeluarkan selepas tempoh yang ditetapkan ia mungkin akan menyebabkan
• Jangkitan system reproduktif
• Kurang keberkesanan untuk mencegah kehamilan
Sumber info:MyHEALTH KKM
Nota kaki: bleh tgk gambarajah kat mana nak letak Jamu Bidan semasa kita insert





TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG



** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roticanai dengan capati dan tosei)


** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


RENDAMAN FARAJ


~~~~~~~~~~~~~~ Orang Barat memanggilnya Sitz Bath, dimana perkataan asalnya diambil dari perkataan Jerman iaitu ‘Sitzen’ yang bermaksud ‘untuk diduduki’. Orang kita memanggilnya RENDAMAN FARAJ.


Faraj merupakan anggota penting yang terlibat secara langsung dalam proses kelahiran. Antara yang perlu dilakukan untuk RAWATAN PENJAGAAN FARAJ ialah cucian dan rendaman faraj.

Antara kebaikan penjagaan faraj ialah;
◎ MEMPERCEPATKAN PENYEMBUHAN luka jahitan (episotomi) dibahagian pintunya.
◎ MENGELAKKAN INFEKSI pada faraj dan luka.
◎ Rawatan berendam faraj dapat membantu MENGECUTKAN BUASIR ‘MILD’ iaitu ketika rendam bahagian dubur, perlahan-lahan tolak dan masukkan buasir.
◎ Mengatasi masalah DARAH NIFAS BERBAU DAN GATAL.
◎ Meringankan masalah KEPUTIHAN. ◎“Mengencangkan" dan memantapkan KEINTIMAN FARAJ.
◎ Mengatasi masalah KENTUT FARAJ.

CUCIAN FARAJ

Setiap kali ke tandas, cebokan hasil rebusan garam kasar, daun sireh, daun inai serta jintan hitam atau hasil rebusam garam kasar dan asam keping.

Hari: Setiap hari sepanjang tempoh berpantang dan ketika datang haid.

Waktu: Setiap kali ke tandas terutama ketika darah nifas masih banyak.

Cara: Cebokan air rebusan pada permukaan faraj di setiap cucian.

RENDAMAN FARAJ

Faraj direndam di dalam air rebusan daun sireh, inai, daun mambu, garam kasar, jintan hitam dan kemenyan serani. Untuk mengetahui faraj bersih secara optimum guna kapas muka ‘cotton facial’. Hari: Apabila darah nifas mulai kering sehingga darah bersih dan tiada lagi. Kebiasaannya bermula hari ke-30 berpantang. Sebagai amalan kesihatan faraj, digalakkan berendam seminggu 2 kali atau setiap kali lepas haid.

Waktu: Bila-bila. Rawatan ni boleh dibuat sebelum atau selepas mandi serum dilakukan. Rawatan rendaman faraj ini perlu dilakukan sambil meruang faraj.

Cara: Seluruh bahagian sulit dan punggung terendam di dalam air rebusan dengan kedua-dua kaki terbuka.

Tak tahu nak cari mana herba-herba untuk rendaman faraj ni???

Jangan risau dapatkan saja GEL V DARA ..All in one..mudah dan sangat berbaloi..


SOALAN & JAWAPAN



Soalan

Macamana cara mkn Jamu Bidan?

💗💗Jawapan💗💗
Pada yg tak pernah mkn jamu atau herba, telan dulu dua biji,jika tidak pening boleh naikkan dos ke 3 biji pg dan 3 biji mlm.

Jika masalah dalaman teruk,becak,rahim jatuh,terlalu gemok atau terlalu kurus,period tak stabil serta melahirkan ank yang ramai boleh ambik 3 biji pg,3biji tengahari,3biji mlm sepanjang tempoh rawatan dan insert 2 biji kiri kanan rahim.

Jika dah kembali normal,badan dah cergas,keputihan dah tak ada,rahim dah bersih ketat dan mantap, bolehla menten sahaja Jamu Bidan dua biji sehari sudah cukup.

Waktu bila boleh mkn?
Jika nk turunkn berat badan boleh ambil sebelum sarapan, jika ada gastrik sarapan dulu sedikit, jika nk naikkn berat badan ambik jamu bidan slps mkn.

Bagaimana cara Insert?

💗Insert sebiji ke dalam saluran faraj,tolak guna jari telunjuk sedalam mungkin hingga ke pintu rahim atau habis ruas jari,selepas itu biarkan 2 hari utk memastikan jamu membersihkan rahim dan menarik sisa kotoran dan lendir, jgn korek lagi sepanjang tempoh ini krn otot-otot faraj mula mengucup bertindak balas dgn herba,herba jamu bidan sedang merawat otot-otot faraj yg kendur,tidak dibenarkan meruang dlm tempoh jamu bkerja bersihkn rahim dua hari ini,jika ada keluar sisa sisa kotoran spt lendir,darah,kerak kerak jamu,lelehan cairan yg busuk,anda harus btenang,ini adalah proses pembersihan sedang berlaku..pastikan anda pakai pad daripada kapas seperti Pad Herbal Plus,cuci sahaja luaran spt biasa.

Bila saya korek dan buat proses meruang,tak ada keluar apa-apa pun kak?hanya serbuk jamu ja..normal ke tu?

💗jika tak ada keluar apa-apa alhamdullilah rahim anda bersih,tiada kerak kputihan atau darah beku,jamu akn bertindak membaiki otot saluran faraj ja,mengucupkan rahim,walaupun tak ada kotoran kita perlu insert juga sebab kita dah kahwin dan melahirkan ank,otot-otot faraj dah kembang dan tidak grip lagi,tugas herba la utk membaiki otot faraj supaya ketat dan mantap kembali persis ank dara.

Saya tidak pernah bersalin,boleh tak saya mkn sahaja,faraj saya masih ketat tidak ada masalah?

💗Boleh jika nk mkn sahaja,kesan tetap ada,tetapi tindak balas otot luaran faraj ambik masa sikit nak pulih,lagipun jika dah berkahwin walaupun tidak melahirkan ank,kita tetap bersama suamikan,otot vagina juga hilang keanjalan jika selalu guna dan bersama,servisnya tidak,apa salah sekali sekala kita bg supplement utk dia lebih anjal,mampat dan ketat auto kemutan gituu tak nak kerr bg extra sikit kat suami.

Macamana Proses Meruang?boleh tak saya tak nak meruang..biar jer jamu keluar sendiri.

💗Bila insert " WAJIB MERUANG" sisa yg boleh keluar sdri,inshaaAllah akn keluar sdri, tapi ingt ya lps kita insert rahim kita mengucup jadi makin sempit dan ketat, kita perlu meruang jika ada sisa kepingan yg besar tidak boleh keluar sdri,serbuk jamu kena keluarkan bg bersih risau kot nanti bersama suami terasa rempah jamutu..hee..dan sisa kotoran melekat pada zakar suami nnti, takut jangkitan pula,tak perlu takut nak meruang ya...

hanya rilekskan diri,angkat kaki sebelah atas bangku atau tandas duduk,masukkn jari telunjuk hingga habis ruas..rasai jika ada kotoran di dinding rahim atau saluran faraj, tarik keluar hingga lah jari kita boleh rasa rahim mengucup dan myedut jari kita,rahim bergerigi dan berpasir itu tanda rahim dah bersih boleh la test drive..mesti suami akn cakap camgini👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Bila dah insert boleh tak bersama suami?

💗Dilarang sama sekali bersama suami sepanjang jamu bkerja dua hari utk bersihkan rahim,tetapi jika suami nak juga dah tak boleh sabar boleh la bersihkan dan korek keluar semua sisa kotoran dan jamu terlebih dahulu sebelum bersama,dilarang bersama dlm tempoh ini kerana dibimbangi kotoran melekat pada zakar suami dan jangkitan pada saluran faraj kita juga.

Ada pantang tak jamu ni?
💗Pantang Ais dan Minuman bergas,jika boleh stop,stop terusjer ais sebab ais bnyk mdatangkan kburukkn pada dalaman wanita,menjadika rahim sejuk,longgar tiada kemutan dan tak kuat dan becakk.

Berapa biji jamu? dan tahan berapa lama?

💗Jamu ada 60 biji, tengok pada penggunaan, biasanya botol pertama dlm tempoh rawatan hanya 2 minggu..kalo berjimat tahan sebulan, tgk pada masalah masing-masing.

Anak dara boleh makan tak?

💗Anak darala patut mkn dr sekarang utk menjaga rahim dr keputihan,masalah period tak stabil,hormon tak stabil,rahim rendah,kencing kotor,sengugut,berat badan,bau badan,buatlah persediaan awal sebelum kahwin,ikut pebidanan tradisional wanita/anak gadis yg akan berkahwin mestila mjaga kesihatan dalaman selama 6 bulan,detox toksin jaga kesihatan luar dalam ambik masa 6 bulan supaya kahwin nnti tidak timbul apa-apa masalah utk mengandung.