Saturday 5 May 2018

Sistem pengurusan bisnes

Dah ada sistem untuk bisnes korang ke belum?  Boleh tengok sini..  Pastikan bisnes korang di atur sebaiknya..  😘

https://bit.ly/2rbkLNH

Monday 3 October 2016

Step by Step Urus Akaun Bisnes By MUAB

Step by Step Urus Akaun Bisnes by MUAB!
====
*WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN BISNES ANDA*

Anda ada masalah nak urus akaun bisnes? Di sini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk mula urus akaun bisnes anda dengan tepat, teratur dan sistematik.

Ianya mudah dan anda boleh mula aplikasikan di dalam bisnes anda bermula hari ini. No more waiting! Hari ini juga perlu praktis.

Langkah 1: Simpan semua dokumen transaksi bisnes

Semua resit, bil, payment voucher, invois dan sebagainya perlu anda minta daripada penjual jika anda membeli sesuatu untuk urusan bisnes.

Ramai pemilik bisnes hari ini mengambil remeh soal ini kerana beranggapan ianya tidak penting. Sedangkan, ia amat penting untuk anda simpan semua dokumen transaksi bisnes sekurang-kurangnya 7 tahun!

Dan jangan lupa, sebagai penjual juga, anda perlu rajin-rajinkan memberi resit dan invois kepada pelanggan. Malah, jika anda mengeluarkan duit daripada bisnes untuk urusan lain, perlu ada juga dokumen transaksi yang kita panggil sebagai payment voucher atau memo!

Langkah 2: Susun dokumen ke dalam fail transaksi bisnes

Sungguhpun transaksi bisnes ini banyak dan tidak terhitung banyaknya setiap bulan, percaya atau tidak, anda hanya perlukan 4 fail utama untuk menyimpan semua dokumen transaksi.

Apakah failnya?

1. Fail Jualan
- Khusus untuk menyimpan semua dokumen transaksi jualan seperti Invois jualan dan jualan.
- Mulalah dengan menyusun mengikut tarikh atau no rujukan. Apa yang penting ianya mestilah berurutan lengkap!

2. Fail Belian
- Dalam apa jua bisnes, transaksi belian mestilah ada, sama ada membeli bahan mentah, membeli stok atau menanggung kos-kos langsung produk, di sinilah tempatnya.
- Dokumen yang terlibat adalah seperti Invois belian dan resit rasmi belian.

3. Fail Bank
- Selain daripada aktiviti jualan dan belian, sebuah bisnes juga mesti mempunyai transaksi bisnes lain seperti membayar bil, membayar sewa, gaji pekerja dan sebagainya
- Maka, semua dokumen yang tidak melibatkan transaksi jualan atau belian perlulah di simpan di dalam fail ini.
- Oh ya, untuk fail bank, ia hanya menyimpan tranaksi bisnes perbankan sahaja seperti online transfer, cek dan juga kad kredit.

4. Fail Tunai
- Walaupun anda mungkin adalah bisnes yang berasaskan online, ada juga transaksi bisnes yang melibatkan tunai di mana transaksi ini hanya berlaku di dalam bentuk offline, bukannya online.
- Contohnya, membayar parking, membayar gaji pekerja secara tunai, mengisi minyak secara tunai dan sebagainya.
- Jadi, letakkan semua dokumen transaksi di dalam fail ini mengikut urutan!

Langkah 3: Merekod transaksi bisnes secara konsisten

Baiklah, ini langkah terakhir. Langkah yang biasanya ramai pemilik bisnes jadikan ia sebagai langkah pertama!

Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan langkah 2, tugas anda seterusnya adalah untuk merekod transaksi bisnes ke dalam Sistem Akaun.

Tujuannya adalah untuk mengetahui secara tepat maklumat kewangan bisnes anda dalam bentuk laporan akaun bisnes lengkap!

Laporan yang biasanya anda akan perolehi adalah:

1. Laporan Aliran Tunai
- Laporan yang menunjukkan aliran tunai bisnes anda untuk tempoh tertentu. Jika positif, maka anda mampu untuk beroperasi pada tempoh bisnes yang seterusnya, jika negatif...paham-paham sendirilah..

2. Laporan Untung Rugi
- Laporan ini biasanya akan menunjukkan prestasi bisnes anda. Adakah menguntungkan atau tidak? kadangkala ia akan menunjukkan kerugian, namun jangan bimbang, selagi Laporan Aliran Tunai anda positif, kita ubah strategi untuk tingkatkan jualan pada tempoh bisnes yang seterusnya!

3. Laporan Kunci Kira-Kira
- Laporan ini akan menunjukkan kedudukan kewangan bisnes anda secara keseluruhan di mana ia akan menunjukkan kepada anda berapa aset yang anda ada, berapa liabiliti yang anda ada dan berapa jumlah modal terkini bisnes anda.

Apa?
Anda tak tahu nak guna Sistem Akaun apa untuk mula urus akaun bisnes??

Gunakan sahaja Sistem Akaun MUAB!

Ia adalah sistem Akaun mudah yang kami hasilkan untuk membantu pemilik bisnes yang bukan berlatarbelakangkan perakaunan untuk menguruskan dan menghasilkan laporan lengkap akaun bisnes!

BERITA BAIK, anda tidak perlu bayar sehingga ratusan atau menanggung kos bulanan yang membebankan. Hanya bayar sekali dan anda boleh gunakan Sistem Akaun MUAB ini sekali seumur hidup!

Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR

Adakah anda fikir post ini boleh memberi manfaat kepada rakan, partner, saudara, abang, adik atau kakak yang menjalankan bisnes??

Jika YA, maka anda perlu LIKE & SHARE post ini atau TAG mereka di ruangan KOMEN untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat.

Tuesday 22 March 2016

TIPS KESIHATAN



Manfaat Daun Sirih Untuk Kewanitaan

๐Ÿƒ Mengatasi dan Mengubati Gatal Pada Miss V


Daun sirih dengan kandungan minyak atsiri, antiseptic, anti jamur, dan antioksidan yang dimiliki mampu mengatasi kuman, bakteri dan jamur yang dapat menyebabkan rasa gatal berlebihan pada bagian miss v mu.

๐Ÿƒ Membantu Melancarkan Haid Yang Kurang Teratur

Manfaat daun sirih yang lainnya yaitu untuk membantu mengatasi haid atau menstruasi yang kurang teratur. Salah satu cara yang tepat dengan merebus daun sirih beberapa lembar, lalu minum air rebusan daun sirih tersebut,usahakan untuk mencuci daun sirih terlebih dahulu sebelum merebusnya.

๐Ÿƒ Mengatasi Keputihan

Daun sirih dengan kandungan alaminya dapat membantu mu mengatasi masalah keputihan. Cara yang paling sering digunakan adalah dengan mencuci bagian miss v dengan air rebusan daun sirih atau mengoleskan air rebusan daun sirih dan kunyit yang diresbus secara bersamaan.

๐Ÿƒ Mengatasi dan Menghilangkan Bau Kurang Sedap

Bau kurang sedap pada bagian kewanitaan kerap kali mengganggu, apa lagi bagi kita wanita yang sudah bersuami. Masalah bau ini menyebabkan kita kurang pede saat akan berhubungan intim dengan suami kita. Air rebusan daun sirih dapat menjadi solusinya karena daun sirih sendiri memiliki aroma dan wangi yang khas. Yaitu dengan meminum air rebusan daun sirih tersebut dibantu dengan sering mencuci daerah kewanitaan dengan air rebusan tersebut.
--------------------------------------------------------------------------

Produk JAMU BIDAN juga mengandungi banyak Khasiat DAUN SIRIH yang Tinggi

Untuk maklumat lanjut.
Whatsapp Kami

Perunding Jamu Bidan
0111-3184353

Thursday 10 March 2016

OVARIAN CYST



Ovarian cysts ialah ketumbuhan berbentuk sarung yang terjadi di bahagian ovari dan ia dipenuhi oleh cecair. Ovari ialah organ kecil yang terdapat pada sebelah kanan dan kiri saluran peranakan perempuan. Ia mengeluarkan telur setiap bulan, di samping mengeluarkan hormon oestrogen dan progesterone.

Setiap bulan, semasa ovari mengeluarkan telur, satu struktur berbentuk seperti cysts yang dinamakan follikel, tumbuh di dalam ovari. Bila ia matang, follikel ini akan pecah dan telur-telur yang ada di dalam follikel ini pun dikeluarkan. Sekiranya tidak berlaku proses percantuman dengan sperma (iaitu tidak mengandung) follikel yang telah kosong itu akan hilang dengan sendirinya. Cysts mungkin terjadi semasa proses semulajadi ini berjalan.

Kitaran menstrual (haid) memerlukan koordinasi fungsi-fungsi gland pituitari, ovari, uterus dan cerviks. Gland pituitari yang terletak di kepala mengeluarkan hormon-hormon bernama FSH dan LH. Hormon-hormon ini akan memberikan arahan kepada ovari.

Telur di dalam ovari menjadi matang bila kandungan FSH di dalam darah tinggi. Pada masa yang sama ovari akan mengeluarkan hormon oestrogen.

Bila gland pituitari mengeluarkan hormon LH pada kadar yang tinggi, follikel yang mengandungi telur-telur akan pecah dan telur-telur ini akan dikeluarkan ke dalam tiub fallopian.

Follikel yang telah dikosongkan itu dinamakan corpus luteum dan ia mengeluarkan hormon progesterone.

Lapisan uterus pula membiak dan membesar dengan adanya hormon oestrogen. Progesterone akan menyebabkan lapisan uterus tersebut bersedia untuk menerima proses persenyawaan (mengandung).

Sekiranya tiada persenyawaan, corpus luteum akan berhenti mengeluarkan progesterone. Ini menyebabkan lapisan uterus tersebut disingkirkan - proses yang dinamakan kedatangan haid.

Cysts adalah keadaan yang biasa berlaku pada wanita yang sudah baligh tetapi belum menopause. Cysts juga lebih kerap terjadi pada pesakit yang mengambil ubat valporate (untuk sawan), mereka yang mengalami pelvic inflammatory disease (PID) atau yang menghadapi masalah pemakanan dipanggil bulimia.

Ada jenis utama :

>functional cysts - berlaku sebagai salah satu proses ovulasi (pengeluaran telur). Saiznya agak kecil dan selalunya ia hilang tanpa perlu rawatan. Ada kalanya ia perlukan pembedahan.
Kebanyakan cysts tidak menyebabkan kanser. Kanser ovari lebih kerap terjadi pada orang yang berusia tua (dalam 50 hingga 70 tahun).
corpus luteum cysts (sila lihat di dalam kotak di atas).
>abnormal cysts atau neoplastic cysts - berlaku bila hormon di dalam badan tidak seimbang. Ini mungkin berlaku kerana sakit-sakit tertentu atau kerana rawatan kepada masalah ovulasi.

Antara cysts dari jenis ini ialah :
> dermoid cysts (dipenuhi dengan pelbagai tisu seperti rambut, mukus dan tisu kulit)
cystadenoma cysts
> endometriomal cysts. Endometriomal cysts mengandungi darah - selalunya rawatannya memerlukan pemberhentian kitaran haid dan ini dilakukan dengan permberian pil perancang atau melalui suntikan hormon progesterone dan hormon dari jenis GnRH.
> polycyctic ovarian disease. Cysts yang terbentuk dari follikel boleh menyebabkan ovari membesar dan ia membentuk satu lapisan tebal yang boleh menghalang proses ovulasi.
Cysts yang ditemui sebelum akil baligh atau selepas menopause mungkin merbahaya dan menyebabkan kanser. Oleh itu ia perlukan perhatian yang sewajarnya.

Tanda-tanda

Kebanyakan cysts tidak menyebabkan apa-apa tanda. Bagaimanapun antara tanda-tanda yang selalu dialami ialah :
- masalah kedatangan haid - lewat datang haid, tidak tetap atau haid yang sakit
- rasa tekanan atau rasa penuh di dalam perut
- sakit semasa perhubungan kelamin
- berat badan berambah
- sakit semasa melakukan senaman atau latihan fizikal
- proses berkaitan dengan pembuangan air besar atau kecil tidak tetap. Contohnya semakin kerap membuang air, sembelit
- pertambahan berlaku pada bulu muka atau badan

Cysts yang pecah boleh menyebabkan tanda-tanda :
- sakit perut yang kuat
- pening dan muntah
- pendarahan dalaman

Apa yang harus dibuat untuk mencegahnya ?

Sebab berlakunya ovarian cysts ini tidaklah diketahui sepenuhnya. Oleh itu pemeriksaan pelvik hendaklah selalu dibuat. Sekiranya ada, pemeriksaan untuk mengesahkan kewujudannya bolehlah dilakukan dan ini termasuklah :
-ultrasound
-CT scan bahagian perut
-MRI
-X-ray ada saluran kencing
-diagnostic laparoscopy
-ujian darah untuk menguji tahap CA-125 - untuk menentukan cysts tersebut boleh menjadi kanser
-Pil perancang mungkin berupaya menghalang terjadinya cysts.

Rawatan

Pembedahan tidak akan dilakukan sekiranya:
-cysts kurang daripada 5 sm
-cysts adalah functional cysts
-berlaku pada sebelah ovari sahaja
-wanita tersebut dalam usia antara sudah baligh dan sebelum menopause (iaitu boleh datang haid)
-tiada benda-benda berkaitan seperti cecair di dalam pelvis
-tiada tanda sakit yang terlalu kuat

Dalam keadaan di atas, pesakit disarankan menunggu dan ujian dijalankan lagi dalam masa sebulan selepas itu. Sekiranya ia mengecut atau hilang, tiada apa yang perlu dilakukan lagi. Sekiranya ia terus begitu atau membesar, ia mungkin terpaksa dibuang.

Cysts yang lebih daripada 5 sm atau yang tidak hilang dengan sendirinya mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Antara rawatan yang dijalankan ialah :
-pemberian pil perancang keluarga
-laparoscopy di mana cysts dibuang atau cecair di dalamnya dikeluarkan
-laparotomy di mana pembedahan dibuat di atas perut untuk membuang cysts
-Pesakit perlu mengurangkan pengambilan kaffein (coklet, kopi, cola dsb.). Ambil ubat tahan sakit sekiranya sakit.

Perkara-perkara lain

Ada kemungkinan cysts akan datang kembali selepas rawatan. Oleh itu pemeriksaan seperti ultrasound perlu terus dilakukan.

Orang yang mengambil pil perancang tidak sepatutnya menghadapi masalah cysts. Ini kerana pil tersebut menghalang berlakunya proses ovulation (keluar telur). Begitu juga orang yang belum baligh atau yang sudah mengalami menopause juga tidak sepatutnya mengalami cysts. Sekiranya orang dalam kumpulan ini mengalaminya, pemeriksaan lanjut segera diperlukan.


Tuesday 8 March 2016

4 CARA MUDAH AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS!




1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas je sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.

2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.


3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.


4- Minum menggunakan straw.


Terima kasih ๐Ÿ˜Š


Simple jer. Tapi yang simple ni la jarang orang ambil berat. Betul kan? hehe ๐Ÿ˜Š


#pst: Gambar adalah sumbangan Pakcik Google. Boleh letak straw siap2 dlm botol tu....๐Ÿ‘Œ๐Ÿ‘Œ



Perunding Jamu Bidan JB
Azura
0111-3184353

KENAPA RAHIM BENGKAK?



Alhamdulillah.


Perkongsian saya di fan page dan personal fb berkenaan dengan isu ini sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat dan info kepada ramai orang di luar sana. Segala pahala yang mengalir dari perkongsian ilmu Allah ini saya sedekahkan kepada ibu dan arwah ayah yang banyak berjasa untuk mendidik saya. In shaa Allah. Al-fatihah.


Di sini saya kongsika dengan lebih banyak gambar ilustrasi yang dapat memberi info lebih jelas kepada anda semua.


Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)











Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.


Ramai yang tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.







Ok,

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.


[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]





Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.


Antara 4 Faktor Utama adalah :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.





2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.






3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.


Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.









4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.









Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal



Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan.






Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.


6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.






Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.




Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant


GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural.

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?


Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu


The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.


Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.


Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.


Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.










Ok,

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Take care of your health.

'Kesihatan Adalah Kekayaan'


Wallahualam.

Perunding Jamu Bidan
Azura
0111-3184353

Sunday 28 February 2016

KETAHUI PUNCA MAKAN JAMU TAK BERKESAN!



Kenapa kita makan jamu tapi tak berkesan??? Sedangkan Orang lain berkesan

Antaranya adalah....⬇

๐Ÿ‘‰Suka minum air sejuk dlm peti ais, ais, serentak ketika ambil Jamu seeloknya setelah 1 ke 2 jam pengambilan jamu
Kerap makan makanan sejuk cam timun, tembikai, labu, kangkung, taugeh dll seeloknya elakkan ketika saat dtg bulan time ni urat kembang makan lak benda sejuk makin parah kembangnya


๐Ÿ‘‰Kurang minum air masak. Nak elok kena minum 2 liter ke 3 liter air kosong sehari.

๐Ÿ‘‰Minum air kelapa.
1 ke 2 jam sesudah ambil jamu ini tak elok Kerana air kelapa akan meneutralkan kpd yg asal jadi khasiat jamu juga akan di Neutral kan

๐Ÿ‘‰Gemar minum minuman berkafen cam kopi, tea dan minimun bergas keterlaluan. Minuman ini akan menyerap khasiat dan zat2 dr jamu/ubat. Pastikan anda neutralkan balik dgn 7 gelas air masak selepas minum secawan kopi.
Ingat tu...kemudian baru ambil jamu

๐Ÿ‘‰Seperkara lagi konsisten lah waktu pengambilan jamu
Jika mmg ambil pagi tetapkan waktu pagi
Jika ambil malam tetapkan waktu malam
Jangan sesuka hati telan dan lagi satu dahlah makan waktu tak tetap kemudian skip2 kadang selang sehari lah kadang seminggu x makan

Jom kita share2.

Kalau tak...penat je telan jamu tapi tak ada kesan huhuhu

Pastu kita bosan dan give up nk amalkan jamu

Kata Atok nenek kita
Kecantikan harus dijaga harus diperlihara

Perunding Jamu Bidan JB
011-3184353