Monday 3 October 2016

Step by Step Urus Akaun Bisnes By MUAB

Step by Step Urus Akaun Bisnes by MUAB!
====
*WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN BISNES ANDA*

Anda ada masalah nak urus akaun bisnes? Di sini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk mula urus akaun bisnes anda dengan tepat, teratur dan sistematik.

Ianya mudah dan anda boleh mula aplikasikan di dalam bisnes anda bermula hari ini. No more waiting! Hari ini juga perlu praktis.

Langkah 1: Simpan semua dokumen transaksi bisnes

Semua resit, bil, payment voucher, invois dan sebagainya perlu anda minta daripada penjual jika anda membeli sesuatu untuk urusan bisnes.

Ramai pemilik bisnes hari ini mengambil remeh soal ini kerana beranggapan ianya tidak penting. Sedangkan, ia amat penting untuk anda simpan semua dokumen transaksi bisnes sekurang-kurangnya 7 tahun!

Dan jangan lupa, sebagai penjual juga, anda perlu rajin-rajinkan memberi resit dan invois kepada pelanggan. Malah, jika anda mengeluarkan duit daripada bisnes untuk urusan lain, perlu ada juga dokumen transaksi yang kita panggil sebagai payment voucher atau memo!

Langkah 2: Susun dokumen ke dalam fail transaksi bisnes

Sungguhpun transaksi bisnes ini banyak dan tidak terhitung banyaknya setiap bulan, percaya atau tidak, anda hanya perlukan 4 fail utama untuk menyimpan semua dokumen transaksi.

Apakah failnya?

1. Fail Jualan
- Khusus untuk menyimpan semua dokumen transaksi jualan seperti Invois jualan dan jualan.
- Mulalah dengan menyusun mengikut tarikh atau no rujukan. Apa yang penting ianya mestilah berurutan lengkap!

2. Fail Belian
- Dalam apa jua bisnes, transaksi belian mestilah ada, sama ada membeli bahan mentah, membeli stok atau menanggung kos-kos langsung produk, di sinilah tempatnya.
- Dokumen yang terlibat adalah seperti Invois belian dan resit rasmi belian.

3. Fail Bank
- Selain daripada aktiviti jualan dan belian, sebuah bisnes juga mesti mempunyai transaksi bisnes lain seperti membayar bil, membayar sewa, gaji pekerja dan sebagainya
- Maka, semua dokumen yang tidak melibatkan transaksi jualan atau belian perlulah di simpan di dalam fail ini.
- Oh ya, untuk fail bank, ia hanya menyimpan tranaksi bisnes perbankan sahaja seperti online transfer, cek dan juga kad kredit.

4. Fail Tunai
- Walaupun anda mungkin adalah bisnes yang berasaskan online, ada juga transaksi bisnes yang melibatkan tunai di mana transaksi ini hanya berlaku di dalam bentuk offline, bukannya online.
- Contohnya, membayar parking, membayar gaji pekerja secara tunai, mengisi minyak secara tunai dan sebagainya.
- Jadi, letakkan semua dokumen transaksi di dalam fail ini mengikut urutan!

Langkah 3: Merekod transaksi bisnes secara konsisten

Baiklah, ini langkah terakhir. Langkah yang biasanya ramai pemilik bisnes jadikan ia sebagai langkah pertama!

Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan langkah 2, tugas anda seterusnya adalah untuk merekod transaksi bisnes ke dalam Sistem Akaun.

Tujuannya adalah untuk mengetahui secara tepat maklumat kewangan bisnes anda dalam bentuk laporan akaun bisnes lengkap!

Laporan yang biasanya anda akan perolehi adalah:

1. Laporan Aliran Tunai
- Laporan yang menunjukkan aliran tunai bisnes anda untuk tempoh tertentu. Jika positif, maka anda mampu untuk beroperasi pada tempoh bisnes yang seterusnya, jika negatif...paham-paham sendirilah..

2. Laporan Untung Rugi
- Laporan ini biasanya akan menunjukkan prestasi bisnes anda. Adakah menguntungkan atau tidak? kadangkala ia akan menunjukkan kerugian, namun jangan bimbang, selagi Laporan Aliran Tunai anda positif, kita ubah strategi untuk tingkatkan jualan pada tempoh bisnes yang seterusnya!

3. Laporan Kunci Kira-Kira
- Laporan ini akan menunjukkan kedudukan kewangan bisnes anda secara keseluruhan di mana ia akan menunjukkan kepada anda berapa aset yang anda ada, berapa liabiliti yang anda ada dan berapa jumlah modal terkini bisnes anda.

Apa?
Anda tak tahu nak guna Sistem Akaun apa untuk mula urus akaun bisnes??

Gunakan sahaja Sistem Akaun MUAB!

Ia adalah sistem Akaun mudah yang kami hasilkan untuk membantu pemilik bisnes yang bukan berlatarbelakangkan perakaunan untuk menguruskan dan menghasilkan laporan lengkap akaun bisnes!

BERITA BAIK, anda tidak perlu bayar sehingga ratusan atau menanggung kos bulanan yang membebankan. Hanya bayar sekali dan anda boleh gunakan Sistem Akaun MUAB ini sekali seumur hidup!

Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR

Adakah anda fikir post ini boleh memberi manfaat kepada rakan, partner, saudara, abang, adik atau kakak yang menjalankan bisnes??

Jika YA, maka anda perlu LIKE & SHARE post ini atau TAG mereka di ruangan KOMEN untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat.

Tuesday 22 March 2016

TIPS KESIHATAN



Manfaat Daun Sirih Untuk Kewanitaan

🍃 Mengatasi dan Mengubati Gatal Pada Miss V


Daun sirih dengan kandungan minyak atsiri, antiseptic, anti jamur, dan antioksidan yang dimiliki mampu mengatasi kuman, bakteri dan jamur yang dapat menyebabkan rasa gatal berlebihan pada bagian miss v mu.

🍃 Membantu Melancarkan Haid Yang Kurang Teratur

Manfaat daun sirih yang lainnya yaitu untuk membantu mengatasi haid atau menstruasi yang kurang teratur. Salah satu cara yang tepat dengan merebus daun sirih beberapa lembar, lalu minum air rebusan daun sirih tersebut,usahakan untuk mencuci daun sirih terlebih dahulu sebelum merebusnya.

🍃 Mengatasi Keputihan

Daun sirih dengan kandungan alaminya dapat membantu mu mengatasi masalah keputihan. Cara yang paling sering digunakan adalah dengan mencuci bagian miss v dengan air rebusan daun sirih atau mengoleskan air rebusan daun sirih dan kunyit yang diresbus secara bersamaan.

🍃 Mengatasi dan Menghilangkan Bau Kurang Sedap

Bau kurang sedap pada bagian kewanitaan kerap kali mengganggu, apa lagi bagi kita wanita yang sudah bersuami. Masalah bau ini menyebabkan kita kurang pede saat akan berhubungan intim dengan suami kita. Air rebusan daun sirih dapat menjadi solusinya karena daun sirih sendiri memiliki aroma dan wangi yang khas. Yaitu dengan meminum air rebusan daun sirih tersebut dibantu dengan sering mencuci daerah kewanitaan dengan air rebusan tersebut.
--------------------------------------------------------------------------

Produk JAMU BIDAN juga mengandungi banyak Khasiat DAUN SIRIH yang Tinggi

Untuk maklumat lanjut.
Whatsapp Kami

Perunding Jamu Bidan
0111-3184353

Thursday 10 March 2016

OVARIAN CYST



Ovarian cysts ialah ketumbuhan berbentuk sarung yang terjadi di bahagian ovari dan ia dipenuhi oleh cecair. Ovari ialah organ kecil yang terdapat pada sebelah kanan dan kiri saluran peranakan perempuan. Ia mengeluarkan telur setiap bulan, di samping mengeluarkan hormon oestrogen dan progesterone.

Setiap bulan, semasa ovari mengeluarkan telur, satu struktur berbentuk seperti cysts yang dinamakan follikel, tumbuh di dalam ovari. Bila ia matang, follikel ini akan pecah dan telur-telur yang ada di dalam follikel ini pun dikeluarkan. Sekiranya tidak berlaku proses percantuman dengan sperma (iaitu tidak mengandung) follikel yang telah kosong itu akan hilang dengan sendirinya. Cysts mungkin terjadi semasa proses semulajadi ini berjalan.

Kitaran menstrual (haid) memerlukan koordinasi fungsi-fungsi gland pituitari, ovari, uterus dan cerviks. Gland pituitari yang terletak di kepala mengeluarkan hormon-hormon bernama FSH dan LH. Hormon-hormon ini akan memberikan arahan kepada ovari.

Telur di dalam ovari menjadi matang bila kandungan FSH di dalam darah tinggi. Pada masa yang sama ovari akan mengeluarkan hormon oestrogen.

Bila gland pituitari mengeluarkan hormon LH pada kadar yang tinggi, follikel yang mengandungi telur-telur akan pecah dan telur-telur ini akan dikeluarkan ke dalam tiub fallopian.

Follikel yang telah dikosongkan itu dinamakan corpus luteum dan ia mengeluarkan hormon progesterone.

Lapisan uterus pula membiak dan membesar dengan adanya hormon oestrogen. Progesterone akan menyebabkan lapisan uterus tersebut bersedia untuk menerima proses persenyawaan (mengandung).

Sekiranya tiada persenyawaan, corpus luteum akan berhenti mengeluarkan progesterone. Ini menyebabkan lapisan uterus tersebut disingkirkan - proses yang dinamakan kedatangan haid.

Cysts adalah keadaan yang biasa berlaku pada wanita yang sudah baligh tetapi belum menopause. Cysts juga lebih kerap terjadi pada pesakit yang mengambil ubat valporate (untuk sawan), mereka yang mengalami pelvic inflammatory disease (PID) atau yang menghadapi masalah pemakanan dipanggil bulimia.

Ada jenis utama :

>functional cysts - berlaku sebagai salah satu proses ovulasi (pengeluaran telur). Saiznya agak kecil dan selalunya ia hilang tanpa perlu rawatan. Ada kalanya ia perlukan pembedahan.
Kebanyakan cysts tidak menyebabkan kanser. Kanser ovari lebih kerap terjadi pada orang yang berusia tua (dalam 50 hingga 70 tahun).
corpus luteum cysts (sila lihat di dalam kotak di atas).
>abnormal cysts atau neoplastic cysts - berlaku bila hormon di dalam badan tidak seimbang. Ini mungkin berlaku kerana sakit-sakit tertentu atau kerana rawatan kepada masalah ovulasi.

Antara cysts dari jenis ini ialah :
> dermoid cysts (dipenuhi dengan pelbagai tisu seperti rambut, mukus dan tisu kulit)
cystadenoma cysts
> endometriomal cysts. Endometriomal cysts mengandungi darah - selalunya rawatannya memerlukan pemberhentian kitaran haid dan ini dilakukan dengan permberian pil perancang atau melalui suntikan hormon progesterone dan hormon dari jenis GnRH.
> polycyctic ovarian disease. Cysts yang terbentuk dari follikel boleh menyebabkan ovari membesar dan ia membentuk satu lapisan tebal yang boleh menghalang proses ovulasi.
Cysts yang ditemui sebelum akil baligh atau selepas menopause mungkin merbahaya dan menyebabkan kanser. Oleh itu ia perlukan perhatian yang sewajarnya.

Tanda-tanda

Kebanyakan cysts tidak menyebabkan apa-apa tanda. Bagaimanapun antara tanda-tanda yang selalu dialami ialah :
- masalah kedatangan haid - lewat datang haid, tidak tetap atau haid yang sakit
- rasa tekanan atau rasa penuh di dalam perut
- sakit semasa perhubungan kelamin
- berat badan berambah
- sakit semasa melakukan senaman atau latihan fizikal
- proses berkaitan dengan pembuangan air besar atau kecil tidak tetap. Contohnya semakin kerap membuang air, sembelit
- pertambahan berlaku pada bulu muka atau badan

Cysts yang pecah boleh menyebabkan tanda-tanda :
- sakit perut yang kuat
- pening dan muntah
- pendarahan dalaman

Apa yang harus dibuat untuk mencegahnya ?

Sebab berlakunya ovarian cysts ini tidaklah diketahui sepenuhnya. Oleh itu pemeriksaan pelvik hendaklah selalu dibuat. Sekiranya ada, pemeriksaan untuk mengesahkan kewujudannya bolehlah dilakukan dan ini termasuklah :
-ultrasound
-CT scan bahagian perut
-MRI
-X-ray ada saluran kencing
-diagnostic laparoscopy
-ujian darah untuk menguji tahap CA-125 - untuk menentukan cysts tersebut boleh menjadi kanser
-Pil perancang mungkin berupaya menghalang terjadinya cysts.

Rawatan

Pembedahan tidak akan dilakukan sekiranya:
-cysts kurang daripada 5 sm
-cysts adalah functional cysts
-berlaku pada sebelah ovari sahaja
-wanita tersebut dalam usia antara sudah baligh dan sebelum menopause (iaitu boleh datang haid)
-tiada benda-benda berkaitan seperti cecair di dalam pelvis
-tiada tanda sakit yang terlalu kuat

Dalam keadaan di atas, pesakit disarankan menunggu dan ujian dijalankan lagi dalam masa sebulan selepas itu. Sekiranya ia mengecut atau hilang, tiada apa yang perlu dilakukan lagi. Sekiranya ia terus begitu atau membesar, ia mungkin terpaksa dibuang.

Cysts yang lebih daripada 5 sm atau yang tidak hilang dengan sendirinya mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya. Antara rawatan yang dijalankan ialah :
-pemberian pil perancang keluarga
-laparoscopy di mana cysts dibuang atau cecair di dalamnya dikeluarkan
-laparotomy di mana pembedahan dibuat di atas perut untuk membuang cysts
-Pesakit perlu mengurangkan pengambilan kaffein (coklet, kopi, cola dsb.). Ambil ubat tahan sakit sekiranya sakit.

Perkara-perkara lain

Ada kemungkinan cysts akan datang kembali selepas rawatan. Oleh itu pemeriksaan seperti ultrasound perlu terus dilakukan.

Orang yang mengambil pil perancang tidak sepatutnya menghadapi masalah cysts. Ini kerana pil tersebut menghalang berlakunya proses ovulation (keluar telur). Begitu juga orang yang belum baligh atau yang sudah mengalami menopause juga tidak sepatutnya mengalami cysts. Sekiranya orang dalam kumpulan ini mengalaminya, pemeriksaan lanjut segera diperlukan.


Tuesday 8 March 2016

4 CARA MUDAH AIR KOSONG BOLEH BANTU ANDA KURUS!




1- Jadikan air kosong sebagai MINUMAN UTAMA. Air manis segelas je sehari. Air karbonat, tinggalkan terus.

2- Biasakan minum 2 gelas air kosong sebaik sahaja bangun dari tidur.


3- Bawa botol air ke mana saja & tandakan waktu anda perlu minum.


4- Minum menggunakan straw.


Terima kasih 😊


Simple jer. Tapi yang simple ni la jarang orang ambil berat. Betul kan? hehe 😊


#pst: Gambar adalah sumbangan Pakcik Google. Boleh letak straw siap2 dlm botol tu....👌👌



Perunding Jamu Bidan JB
Azura
0111-3184353

KENAPA RAHIM BENGKAK?



Alhamdulillah.


Perkongsian saya di fan page dan personal fb berkenaan dengan isu ini sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat dan info kepada ramai orang di luar sana. Segala pahala yang mengalir dari perkongsian ilmu Allah ini saya sedekahkan kepada ibu dan arwah ayah yang banyak berjasa untuk mendidik saya. In shaa Allah. Al-fatihah.


Di sini saya kongsika dengan lebih banyak gambar ilustrasi yang dapat memberi info lebih jelas kepada anda semua.


Ini adalah gambarajah struktur rahim seorang wanita. Ini 'rumah' kita semua selama 40 minggu. Kalu anda lahir tak cukup bulan, kurang la sikit minggu nya.. hihi :)











Secara anatominya, sistem reproduktif kita terdiri dari :

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.


Ramai yang tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'.

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak? Ini memudahkan anda untuk mendapatkan konsultansi atau pandangan dari pakar. Lebih baik jika dapat disertakan gambar dari ultrasound yang telah dibuat.







Ok,

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan.
(Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569).

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.


[ gambar yang ketumbuhan yang putih-putih dibawah ini adalah contoh fibroid ]





Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.

Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor.


Antara 4 Faktor Utama adalah :

1. Hormon Estrogen yang berlebihan.

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.





2. Lambakan xenoestrogen dalam badan.
Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products.






3. Obesiti.

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser dan juga pelbagai penyakit kronik yang lain.


Peningkatan 5kg sahaja dari berat badan ideal juga menyebabkan risiko kematian pramatang meningkat.









4. Genetik
- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.









Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.

Antara simptoms-simptoms fibroid /cyst adalah :

- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
-sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal



Perlukah Pembedahan?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan atau menyebabkan gangguan kepada fungsi sistem lain seperti saluran kencing, sistem usus dan sebagainya. Berbincanglah dengan doktor pakar anda, kemungkinan besar anda perlu melakukan pembedahan.






Huhu... kalu boleh tak mau la di bedah kan? Sakit tuh...


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?

Kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah sebenarnya. Ini sangat penting jika anda telah di diagnosis mempunyai fibroid atau cyst. Antara langkah yang dapat membantu adalah :

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, karbohidrat ringkas , salt, kafein dan alkohol.

2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.

3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.

4. Kawal berat badan

5. Tidak merokok atau tidak menjadi perokok pasif. Minta tolong pada suami untuk berhenti jika dia masih merokok.


6. Elakkan penggunaan kosmetik, bahan pencuci, penggunaan plastik atau polisteren untuk makanan dan banyak lagi sumber xenoestrogen.






Ok, selain itu, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang positif dan ada yang tidak menyokong.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.




Antara Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst :

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin c, vitamin e, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4.Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant


GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan radang dan membantu kestabilan hormon.

-GLA dari sumber minyak borage adalah yang terbaik berbanding dari EPO. Epo juga omega 6 yang bagus tetapi mengandungi kandungan GLA yang lebih rendah. Pastikan anda memperoleh supplements dari sumber yang premium dan natural.

-Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Ramai yang tanya nak guna minyak masak apa yang terbaik?


Ok, frankly, semua minyak masak yang terproses atau 'refined oil' adalah tidak baik untuk kesihatan. The best memanglah gunakan cara rebus, steamed atau roasted. Tapi saya faham, sebab kita dah dibesarkan dengan cara orang melayu yang menggoreng, nak cari yang bergoreng juga..huhu


The best memang la olive oil for cooking dan Unrefined coconut oil. Ideally jika dapat menggunakan minyak ini. Minyak ini adalah lebih stabil pada suhu yang tinggi dan seperti biasa, yang baik mmg la agak mahal berbanding minyak biasa.


Untuk itu, anda boleh menggunakan minyak sawit tetapi pastikan hanya digoreng sekali sahaja. Jangan gunakan berulang-ulang. Minyak yang digoreng berulang-ulang telah bertukar sifat menjadi transfatty acid. Becareful of that.


Ataupun, sekarang ni kan dah ada advances in cooking method, gunakanlah 'Air Fryer' - much better, sebab goreng tidak menggunakan minyak.


Carta di bawah ini adalah details explaination tentang jenis-jenis minyak yang sihat. Nampak berserabut sikit, tapi very good explaination.










Ok,

Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua. Feel free utuk kongsikan info ini jika anda rasa ia boleh membantu rakan-rakan dan keluarga tersayang anda.

Take care of your health.

'Kesihatan Adalah Kekayaan'


Wallahualam.

Perunding Jamu Bidan
Azura
0111-3184353

Sunday 28 February 2016

KETAHUI PUNCA MAKAN JAMU TAK BERKESAN!



Kenapa kita makan jamu tapi tak berkesan??? Sedangkan Orang lain berkesan

Antaranya adalah....⬇

👉Suka minum air sejuk dlm peti ais, ais, serentak ketika ambil Jamu seeloknya setelah 1 ke 2 jam pengambilan jamu
Kerap makan makanan sejuk cam timun, tembikai, labu, kangkung, taugeh dll seeloknya elakkan ketika saat dtg bulan time ni urat kembang makan lak benda sejuk makin parah kembangnya


👉Kurang minum air masak. Nak elok kena minum 2 liter ke 3 liter air kosong sehari.

👉Minum air kelapa.
1 ke 2 jam sesudah ambil jamu ini tak elok Kerana air kelapa akan meneutralkan kpd yg asal jadi khasiat jamu juga akan di Neutral kan

👉Gemar minum minuman berkafen cam kopi, tea dan minimun bergas keterlaluan. Minuman ini akan menyerap khasiat dan zat2 dr jamu/ubat. Pastikan anda neutralkan balik dgn 7 gelas air masak selepas minum secawan kopi.
Ingat tu...kemudian baru ambil jamu

👉Seperkara lagi konsisten lah waktu pengambilan jamu
Jika mmg ambil pagi tetapkan waktu pagi
Jika ambil malam tetapkan waktu malam
Jangan sesuka hati telan dan lagi satu dahlah makan waktu tak tetap kemudian skip2 kadang selang sehari lah kadang seminggu x makan

Jom kita share2.

Kalau tak...penat je telan jamu tapi tak ada kesan huhuhu

Pastu kita bosan dan give up nk amalkan jamu

Kata Atok nenek kita
Kecantikan harus dijaga harus diperlihara

Perunding Jamu Bidan JB
011-3184353


PRODUK TERBAIK UNTUK WANITA



Sebagai seorang wanita terutamanya yang telah bergelar isteri pasti akan merasa bimbang apabila mengalami masalah longgar dan kemutan yang tidak sehebat seperti dipersembahkan malam pertama. Ditambah pula dengan masalah faraj yang banyak mengeluarkan air dan keputihan..
Keadaan ini pasti sesuatu yang merisaukan dan menakutkan...pasti terasa bimbang tentang persembahan yang tidak memuaskan buat santapan suami tersayang..Sebagai seorang isteri sudah tentunya kita ingin memberikan layanan yang terbaik untuk suami tercinta....layanan yang sentiasa diingati dan dinantikan....

TAPI jangan biarkan masalah itu terus menghantui fikiran anda
Masalah longgar dan faraj berair, bukanlah sesuatu yang baru dikalangan kaum wanita. Ia sebenarnya adalah perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.Lantaran itu, sebagai wanita kita perlu bijak mengawal keadaan dan berusaha untuk memperbaiki segala kelemahan, agar suami semakin sayang dan tidak mempunyai alasan untuk membuka cawangan baru.


KINI anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat produk di pasaran yang boleh mengembalikan keceriaan hubungan seksual dan kebahagiaan rumah tangga.

JAMU BIDAN adalah antara produk yang SANGAT2 berkesan...


JAMU BIDAN adalah pemakanan tambahan yang direka khusus untuk memenuhi keperluan kesihatan dalaman serta luaran wanita...


JAMU BIDAN di formulasikan khusus rahsia perbidanan Tradisional Melayu Indonesia lebih 100thn...menggunakan herbal terpilih segar dr hutan dan dimasak serta di adun sendiri secara tradisional untuk membantu masalah kedinginan para isteri dan mempercepatkan mencapai kepuasan ketika bersama suami
Dengan pengambilan jamu bidan secara konsisten menjanjikan pelbagai khasiat yang memuaskan

Antaranya merapat dan mengetatkan faraj yang longgar, mengurangkan air pada faraj dan menghilangkan bau yang kurang menyenangkan bukan itu sahaja ia juga bertindak balas dalam merapat dan menaikkan peranakan ke tempat asal, menguatkan kemutan faraj, mengembalikan kesempurnaan hubungan, meningkatkan tahap keghairahan

Perunding Jamu Bidan JB
0111-3184353


PUNCA TUMIT KAKI SAKIT

TIPS KENALI DIRI
EPISOD SAKIT TUMIT!!!!!

😍😍😍
Well siapa sekarang ne selalu sangat rasa sakit-sakit tumit...nak jalan pun kadang-kadang alahaiii...seksanya....bangun pg??? lagilah...😭😭😭 sakit jugak...

Well utk pengetahuan kita semua sakit tumit ada 3 kemungkinan
1. rahim rendah.
2. struktur tulang belakang dah lari posisi
3. high kolestrol

Kalau sakit tumit yg teramat...masalah rahim yg teruk...tipsnya cuba tengok pada wajah...bawah mata akan namapk lebam kehitaman...

Kalau sakit tumit...ditambah dgn kekejangan mana2 bahagian badan samaada sebelah kanan atau kiri..dari hujung kaki..atau mana2 part salah satu bahagian
itu adalah posisi tulang belakang dah lari kedudukan asal.

Perkara ni berlaku kemungkinan sebab anda pernah jatuh atau excident beberapa tahun yang lalu...
Kalau sakit tumit & selalu rasa pegal di bahagian tengkuk...itu adalah disebabkan kolestrol dah tinggi.. so kalau oulss ada rasa sakit tumit cuba check sakit oulss mcm mana.uolss lebih arif tentang badan uolss sendiri

Pengubatan????

Saya jual jamu...of course saya suggest jamu...kalau yang rasa sakit tumit sebab high kolestrol kurangkan makan makanan yg berkolestrol tinggi...minyak masak jgn ulang2 guna😁.. (Pegal) lenguh & tegang...bahaya kalau rasa camtu ye...cepat2 cari supplement yg bleh reduce kolestrol
ex omega 3...garlic oil, virgin olive oil, vco, apple vinegar, pomegranate juice
Kalau yg rasa sakit tumit sebab pernah eksiden....cuba check doktor....tak kan nak selamanya tanggung sakitkan..

Yang rasa sakit tumit sebab rahim rendah pergi berurut....plus mkn jamu jugak....kalau setakat urut je tak boleh jugak...sbb otot2 miss v tak berada dlm kondisi yg terbaik...nanti lama2 takutnya simptom rahim jatuh akan berulang kembali...pahtu mulalah salahkan bidan tak pandai urut😂😂😂
Well herba dalam jamu bidan sesuai bukan hanya untuk rahim rendah malah untuk ketiga2 masalah di atas..jika kita amalkannya secara konsisten...in shaa Allah....hasilnya tip-top...apa apa pun sakit Ada penawarnya.. :)

salam sayang
perunding Jamu Bidan JB
0111-3184353


JENIS KEPUTIHAN YANG WAJIB WANITA TAHU!!



[ KEPUTIHAN.. ]

Keputihan ada dua jenis..
- keputihan jenis putih pekat seperti susu, coklat, kekuningan dan kehijauan..
- keputihan berwarna jernih dan sedikit keruh.. yang jenis ini adalah normal..


Jika keputihan banyak dan tebal pada seluar dalam @ berketul² keluar semasa membuang air kecil @ selepas membuat teknik meruang itu adalah KEPUTIHAN KES BERAT

=====================
KESAN KEPUTIHAN:
=====================

✘ Menjadikan kuli muka tidak sekata
✘Gelap di kiri kanan tepi hidung
✘Jeragat dan jerawat yang teruk
✘kulit kusam
✘Lingkaran hitam pada mata (eyebag)

Semua wanita ada keputihan cuma antara keluar dengan tidak keluar keputihan je.. Ada setengah kaum hawa ada keputihan tapi tidak keluar, dipanggil keputihan mendap.. keputihan yang mendap akan keluar bila makan herba..

Biasa wanita yang mengalami keputihan teruk dan faraj becak jika makan herba @ insert herba akan keluar dengan banyak keputihan yang busuk dan berkeping² hingga kita menjadi tidak selesa..

Jangan risau ini hanya kesan biasa sementara healing crisis rawatan JAMU BIDAN tengah berlaku.. biasanya akan mengambil masa 1 - 3 hari paling cepat.. tapi ada juga yang mengambil masa seminggu ke 30 hari bergantung pada tahap keputihan dalam faraj kita..

Jadi yang mana kata tak de keputihan tu jangan ambil ringan ye.. tolong lah kaum hawa jangan ambik mudah pasal keputihan.. Rahim kita ni ada satu je.. memang dah xboleh ganti dah..

Nak order jamu bidan boleh pm or whatsapp  +601113184353.. siap free konsultasi lg..

Jangan risau, segala masalah kawan² akan menjadi rahsia ye..

Psssttttt....... skg tgh promosi... susah tau nk dpt harga promosi... so tunggu ape lg jom rebut peluang ni...









KENALI POHON BIDARA



[POHON BIDARA DISEBUT DALAM AL-QURAN]

Bidara merupakan salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan.


Ia bertindak sebagai agen pembersih semula jadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.

Pada zaman Rasulullah SAW, bidara digunakan untuk membersihkan badan sama seperti kita menggunakan sabun, shampoo atau losyen. Daun bidara juga digunakan untuk memandikan jenazah.

APAKAH KELEBIHAN & MANFAAT DAUN BIDARA?

**Tertulis Dalam Al-Quran**
Pohon bidara tumbuh di dalam syurga sebagaimana firman Allah SWT berfirman, “Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas,dan air yang tercurah, dan buah-buahan yang banyak,”QS. al-Waqi’ah (56) : 27-32

**Daun Bidara Boleh Di Ruqyah**
Al-Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “Ambil 7 helai daun bidara, ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi. Insya-Allah akan hilang sihirnya”.
“Dan diutamakan membaca Qul A’uzubirabbil Falak ,Qul A’uzubirabbinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.”

**Pencuci Wanita**
‘Aisyah secara marfu’, “Salah seorang di antara kalian (wanita haid) mengambil air yang dicampurkan dengan daun bidara lalu dia bersuci dan memperbaiki bersucinya. Kemudian dia menuangkan air ke atas kepalanya seraya menggosoknya dengan gosokan yang kuat sampai air masuk ke akar-akar rambutnya, kemudian dia menyiram seluruh tubuhnya dengan air. Kemudian dia mengambil secarik kain yang telah disaluti dengan minyak misk lalu dia berbersih darinya.” ‘Aisyah berkata, “Dia mengoleskannya ke bekas-bekas darah.” (H.R. Muslim no. 332 dari ‘Aisyah)

**Alergi Kepada Makhluk Halus / Jin**
Sepertimana ular alergi dengan buluh dan sebahagian serangga alergi dengan daun serai, begitu juga dengan makhluk halus / jin yang alergi dengan daun bidara. Mereka tidak suka bau-bauan daun bidara ini dan tidak mendatangi seseorang itu sekiranya terdapat daun bidara atau bau daun bidara pada seseorang.

**Merawat Sihir / Santau / Saka / Gangguan Jin**
Sebahagian besar dunia perubatan Islam menggunakan daun bidara dalam merawat penyakit-penyakit yang berkaitan sihir. Daun bidara ini digunakan sama ada secara fizikal daunnya digunakan untuk mengurut, atau diambil 7 helai daun bidara, dilumatkan sehingga halus dan dimasukkan ke dalam kolam kecil, lalu pesakit tersebut disuruh berendam dalam kolam tersebut sambil dibacakan ayat-ayat Ruqyah keatasnya.

Alhamdulillah, dengan khasiatnya yang pelbagai... kebanyakan produk JAMU BIDAN mengandungi titisan ekstrak BIDARA antaranya:

@GEL V-DARA
@MINYAK TELON
@AIR MAWAR KRISTAL
@BEDAK SEJUK HERBA BIDARA
@VCO OIL HERBA AROMATERAPHY BIDARA (PRODUK BARU YANG BAKAL MUNCUL)

Produk ini semuanya ada keistimewaan mereka tersendiri.. lebih-lebih lagi GEL V-DARA yang banyak fungsinya..
apapun, kami di JAMU BIDAN cuba memberikan produk yang terbaik buat anda semua.



Salam sayang,
Perunding Jamu Bidan JB

0111-3184353


CARA HILANGKAN KESAN PARUT YANG WAJIB ANDA TAHU!



Nak hilangkan parut???
Nak kecutkan jerawat???
Nak kulit bersih, lembut dan licin???

Guna lah lulur Manggis... produk terbaru keluaran Jamu Bidan.


Kandungan yang terdapat dalam kulit manggis ni ialah:
1. Senyawa Xanthone
2. Vitamin C
3. Vitamin B Kompleks

Berikut merupakan beberapa khasiat dan manfaat kulit buah Manggis:
• Menghaluskan kulit yang kasar
• Mencerahkan kulit wajah yang kusam
• Memutihkan kulit
• Menghilangkan jerawat
• Menghilangkan bintik hitam
• Mencegah tanda-tanda penuaan
• Menganjalkan kulit.
• Menghambat pertumbuhan bakteria dan kulat

Banyaknya manfaat kulit buah Manggis ini. Selalu tu kalau kat kampung, kita buang macam tu aje kulit buah manggis ni. Betul tak?

Tapi kalau kita nak cuba buat masker dari kulit manggis ni.. saya tunjukkan caranya.
1. Ambil buah manggis dalam 2 biji.. Kemudian ambil kulitnya sahaja dan bersihkan.
2. Kemudian kisar dgn air setengah cawan sehingga halus.
3. Setelah itu, tuang ke dalam cawan dan biarkan selama 3 jam sehingga terdapat endapan ekstrak kulit manggis.
4. Selepas 3jam, buang air yang di atasnya. Ambil ekstrak kulit manggis sahaja dan jadikan masker wajah. Biarkan semalaman.
5. Lakukan setiap malam, pasti anda akan dapat hasil yang menakjubkan!

Tapi kalau susah nak dapatkan kulit buah manggis tu.. anda boleh dapatkan LULUR MANGGIS JAMU BIDAN. Selain untuk lulur satu badan.. boleh juga kita jadikan masker wajah. Yang penting rajin.

Harga Lulur Manggis RM60 berat 100g tapi untuk harga pengenalan hanya RM50 sahaja. Tapi harga pengenalan ni sah sehingga 29 Mac 2016 aje.. so kalau nak order.. order cepat-cepat tau sebelum tarikh tutup promosi.
Jom kita berlulur!

Semoga bermanfaat.
Salam cinta,
Perunding Jamu Bidan
0111-3184353


SEBELUM ANDA BACA PERKONGSIAN INI, SILA PERIKSA JARI ANDA!!!...




Perhatikan jari anda, adakah anda mengalami tanda-tanda ini?...

Ramai orang jarinya kadang-kadang terdapat bintik-bintik kecil, bintik-bintik ini tidak besar, jarang kita akan perasan bintik-bintik seperti ini, ianya kalau diamati seperti mengandungi air bisa, tetapi yang sebenarnya bintik-bintik seperti ini mesti diperhatikan dengan teliti.


Bintik-bintik kecil pada jari ini menunjukkan penyakit yang ada dalam tubuh kita, dan juga menunjukkan dalam tubuh kita terdapatnya banyak racun.

1. hujung jari melengkung

Kalau kita lihat daging antara garis jari tangan yang dibawah kuku menonjol keluar, itu menandakan salah satu organ tubuh kita ada yang mengalami peradangan, juga terlalu banyak racun dalam tubuh kita.

bila keadaan ini berlaku, kita biasanya menjadi emosi, karena ia menunjukkan hati kita mengalami masalah. Terlalu banyak racun dalam hati dan jantung kita, boleh menyebabkan fungsi organ tubuh menjadi lemah.

2. Kuku bulat dan datar

Kalau kuku berubah menjadi bulat dan datar, itu bermakna ada racun dalam usus, mungkin ada gangguan pencernaan atau penyakit perut lainnya.

Biasanya pesakit ini juga ada gangguan penghadaman pada makanan yang dimakan dan metabolisma, dan kesannya sehingga ke paru-paru, iaitu menjadi cepat mengah dan sukar bernafas.

Bagaimana cara mengatasi masalah ini?

1.Makan banyak sayuran hijau dan buah-buahan.

Buah-buahan dan sayuran hijau memiliki kesan yang baik untuk detoksifikasi. Buah dan sayuran biasanya waktu pencernaannya di dalam usus adalah 30 minit, sedangkan daging waktu pencernaannya lebih dari tiga jam, jadi makan lebih banyak sayuran hijau dan buah-buahan dapat mempercepatkan proses pencernaan, mempercepatkan metabolisma dan juga dapat membersihkan racun dalam tubuh.

2. Gerakan Detox

Mengapa wanita umumnya hidup lebih lama daripada lelaki?
Karena perempuan umumnya berolahraga lebih banyak daripada lelaki.
Apa maksud olahraga?, wanita lebih banyak bergerak dari lelaki, jika wanita itu seorang suri rumah, setiap hari pergerakannya lebih banyak dari seorang lelaki yang bekerja di pejabat, yang hanya duduk didalam aircond tanpa mengeluarkan peluh. Masa diamnya hanya beberapa jam sahaja sehari.

Peluh dan air kencing boleh menjadi detoksifikasi juga, boleh mengeluarkan racun dalam tubuh kita.

Jom kita bersenam dan amalkan pemakanan yang sihat, agar tubuh kita mengeluarkan peluh untuk menyingkirkan racun dari tubuh kita, disamping itu amalkan juga sayur-sayuran dan buah-buahan.

semoga bermanfaat.


Thursday 18 February 2016

SERUM HERBA

Bahan

-Minyak Kelapa Dara
-Minyak Aromaterapi
-Minyak Herba Terpilih
-Minyak Tea Tree
-Garam Bukit
-Menthol

Khasiat

-Melegakan sakit lutut dan sengal-sengal otot 
-Kanak-Kanak kembung,batuk dan selsema
-Merawat gigitan serangga bisa
-Migrain dan sakit kepala
-Mabuk dan alahan mengandung
-Melegakan sakit urat dan kebas kaki tangan ibu dalam pantang
-Memanaskan badan ibu dalam pantang
-Melegakan sengugut dan sakit perut

Harga 
SM Rm40
SS Rm45
BR Rm50


Thursday 21 January 2016

Meroyan Selepas Bersalin Kerana Suami Tidak Peduli?



Kisah Puan Mija (bukan nama sebenar) yang telah mengalami kemurungan melampau (meroyan) amat mengguris hari. Bukan kerana beliau wanita, tapi naluri ibu amat tersentuh dengan keadaan ini yang sebolehnya boleh dielak.

Puan Mija merayau tak tentu hala hingga terpaksa dicari oleh suaminya kerana hilang sepanjang hari dengan meninggalkan bayi mereka. Puan Mija menarik lampin bayi seolah menarik upih di tepi jalan sambil meracau.

Pernah tak anda melihat peristiwa seperti itu? Atau mungkin pernah mengalaminya? Meroyan bukanlah satu kes biasa tetapi perlu diambil serius. Kerana ada kes hingga boleh mengancam keselamatan bayi bila si ibu mencekik bayinya sendiri. Ada sampai satu tahap kronik boleh membawa kepada membunuh.

Ngeri bukan? Kasihan pada ibu yang menderita sakit meroyan ini. Namun bagaimana ia boleh berlaku? Antaranya adalah kerana tiada sokongan suami dalam tempoh berpantang atau mengalami konflik yang teruk dengan pasangan masing-masing.
Meroyan Kerana Suami

Kisah Puan Mija tadi boleh dijadikan pengajaran. Ini kerana proses bersalin adalah satu proses yang menyakitkan dan selepas bersalin juga adalah tempoh yang sangat rapuh untuk para ibu.

Apatah lagi ibu yang pertama kali menimang bayi, ia adalah satu pengalaman asing pada mereka. Ibu muda yang tiada pengalaman, semuanya baru dan keadaan diri yang tidak berapa sihat, akan mengundang banyak perkara.

Kalau ikut masyarakat Melayu kita dipanggil meroyan atau bahasa inggerisnya adalah baby blues. Masa ini sokongan orang sekeliling sangatlah penting terutama suami. Beri sokongan pada isteri dengan membantunya menguruskan anak atau setidaknya menguruskan rumahtangga buat sementara.

Tanpa sokongan inilah boleh menyebabkan para ibu yang baru melahirkan akan mudah tersinggung, kerana hormon ibu pada ketika ini adalah dalam keadaan tidak stabil. Bayangkan jika dulu ada bayi yang dikandung dalam rahim, sekarang ianya kosong tambahan pula si ibu mengalami keuzuran syarie dan juga kesakitan akibat proses bersalin itu sendiri.

Dari satu sudut lagi juga, masa ini ibu berada dalam keadaan “kotor” maka mudahlah hasutan-hasutan syaitan akan berlaku. Sebab itulah kita digalakkan memasang bacaan Al Quran setiap hari terutama masa tempoh berpantang ini. Kena betul-betul jaga dari segenap aspek.

Meroyan juga boleh berlaku jika isteri merasakan suami sudah tidak memperdulikannya lagi, walhal itu adalah perasaannya sahaja. Maka oleh kerana suami tahu yang waktu ini hormon isteri tidak stabil, sebolehnya cuba layan dan jaga isteri anda sebaiknya.

Pastinya ramai kaum bapa di luar sana yang memahami situasi ini dan Mak Jemah yakin ramai bapa mithali dan penyayang di luar sana. Mereka juga sedang membaca entry ini:)
Apakah Ia Meroyan?

Dari segi lain pula meroyan dikatakan boleh berlaku apabila angin “meroyan” naik ke kepala. Maknanya di sini jika si ibu tidak menjaga kesihatannya semasa berpantang, banyak benda yang boleh menjejaskan kesihatannya kelak. Sebagai contoh ibu berpantang seeloknya memakai stokin tebal sepanjang masa kerana bimbang kaki dimasuki angin. Jika ini diambil remeh ditakuti angin boleh masuk dalam badan dan inilah yang boleh menyebabkan pelbagai sakit pada ibu.

Meroyan ini atau bahasa sainsnya “Postpatrum Depression” ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.

Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi.
Hormon Tidak Stabil Semasa Berpantang

Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin. Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan. Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan emosi ibu tidak stabil.
Meroyan Berlaku Kerana Ibu Tertekan

Perubahan sosial dan psikologi juga berubah setelah kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat. Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah terjadi.





Di sinilah peranan suami sangat perlu. Apa kata suami ambil cuti beberapa hari, bantu uruskan anak-anak lain jika ada, bantu uruskan rumah, atau tak mampu boleh upah orang untuk uruskan rumah supaya isteri tidak naik darah bila melihat rumah macam tongkang pecah.

Tanda-Tanda Meroyan

  • Keletihan yang melampau
  • mood yang sentiasa berubah setiap masa
  • berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
  • tidak cukup tidur

Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.

Cara-Cara Untuk Elakkan Meroyan

minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.

  • Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa tertekan.
  • Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
  • Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
  • Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan melampau.

Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu. Sebab itu untuk ibu berpantang, pastikan anda jaga pemakanan, jaga kesihatan dan dapatkan vitamin terbaik semasa berpantang.

Dari segi saintifik, dibuktikan yang vitamin b boleh melegakan tekanan pada ibu kerana ia mengandungi vitamin B5 iaitu Pantothenic Acids. Ini kajian doktor tau bukan kajian Mak Jemah.

Bersama kita mencegah sebelum parah.