Monday 3 October 2016

Step by Step Urus Akaun Bisnes By MUAB

Step by Step Urus Akaun Bisnes by MUAB!
====
*WAJIB BACA JIKA ANDA SAYANGKAN BISNES ANDA*

Anda ada masalah nak urus akaun bisnes? Di sini kami kongsikan 3 langkah mudah untuk mula urus akaun bisnes anda dengan tepat, teratur dan sistematik.

Ianya mudah dan anda boleh mula aplikasikan di dalam bisnes anda bermula hari ini. No more waiting! Hari ini juga perlu praktis.

Langkah 1: Simpan semua dokumen transaksi bisnes

Semua resit, bil, payment voucher, invois dan sebagainya perlu anda minta daripada penjual jika anda membeli sesuatu untuk urusan bisnes.

Ramai pemilik bisnes hari ini mengambil remeh soal ini kerana beranggapan ianya tidak penting. Sedangkan, ia amat penting untuk anda simpan semua dokumen transaksi bisnes sekurang-kurangnya 7 tahun!

Dan jangan lupa, sebagai penjual juga, anda perlu rajin-rajinkan memberi resit dan invois kepada pelanggan. Malah, jika anda mengeluarkan duit daripada bisnes untuk urusan lain, perlu ada juga dokumen transaksi yang kita panggil sebagai payment voucher atau memo!

Langkah 2: Susun dokumen ke dalam fail transaksi bisnes

Sungguhpun transaksi bisnes ini banyak dan tidak terhitung banyaknya setiap bulan, percaya atau tidak, anda hanya perlukan 4 fail utama untuk menyimpan semua dokumen transaksi.

Apakah failnya?

1. Fail Jualan
- Khusus untuk menyimpan semua dokumen transaksi jualan seperti Invois jualan dan jualan.
- Mulalah dengan menyusun mengikut tarikh atau no rujukan. Apa yang penting ianya mestilah berurutan lengkap!

2. Fail Belian
- Dalam apa jua bisnes, transaksi belian mestilah ada, sama ada membeli bahan mentah, membeli stok atau menanggung kos-kos langsung produk, di sinilah tempatnya.
- Dokumen yang terlibat adalah seperti Invois belian dan resit rasmi belian.

3. Fail Bank
- Selain daripada aktiviti jualan dan belian, sebuah bisnes juga mesti mempunyai transaksi bisnes lain seperti membayar bil, membayar sewa, gaji pekerja dan sebagainya
- Maka, semua dokumen yang tidak melibatkan transaksi jualan atau belian perlulah di simpan di dalam fail ini.
- Oh ya, untuk fail bank, ia hanya menyimpan tranaksi bisnes perbankan sahaja seperti online transfer, cek dan juga kad kredit.

4. Fail Tunai
- Walaupun anda mungkin adalah bisnes yang berasaskan online, ada juga transaksi bisnes yang melibatkan tunai di mana transaksi ini hanya berlaku di dalam bentuk offline, bukannya online.
- Contohnya, membayar parking, membayar gaji pekerja secara tunai, mengisi minyak secara tunai dan sebagainya.
- Jadi, letakkan semua dokumen transaksi di dalam fail ini mengikut urutan!

Langkah 3: Merekod transaksi bisnes secara konsisten

Baiklah, ini langkah terakhir. Langkah yang biasanya ramai pemilik bisnes jadikan ia sebagai langkah pertama!

Selepas anda menyelesaikan langkah 1 dan langkah 2, tugas anda seterusnya adalah untuk merekod transaksi bisnes ke dalam Sistem Akaun.

Tujuannya adalah untuk mengetahui secara tepat maklumat kewangan bisnes anda dalam bentuk laporan akaun bisnes lengkap!

Laporan yang biasanya anda akan perolehi adalah:

1. Laporan Aliran Tunai
- Laporan yang menunjukkan aliran tunai bisnes anda untuk tempoh tertentu. Jika positif, maka anda mampu untuk beroperasi pada tempoh bisnes yang seterusnya, jika negatif...paham-paham sendirilah..

2. Laporan Untung Rugi
- Laporan ini biasanya akan menunjukkan prestasi bisnes anda. Adakah menguntungkan atau tidak? kadangkala ia akan menunjukkan kerugian, namun jangan bimbang, selagi Laporan Aliran Tunai anda positif, kita ubah strategi untuk tingkatkan jualan pada tempoh bisnes yang seterusnya!

3. Laporan Kunci Kira-Kira
- Laporan ini akan menunjukkan kedudukan kewangan bisnes anda secara keseluruhan di mana ia akan menunjukkan kepada anda berapa aset yang anda ada, berapa liabiliti yang anda ada dan berapa jumlah modal terkini bisnes anda.

Apa?
Anda tak tahu nak guna Sistem Akaun apa untuk mula urus akaun bisnes??

Gunakan sahaja Sistem Akaun MUAB!

Ia adalah sistem Akaun mudah yang kami hasilkan untuk membantu pemilik bisnes yang bukan berlatarbelakangkan perakaunan untuk menguruskan dan menghasilkan laporan lengkap akaun bisnes!

BERITA BAIK, anda tidak perlu bayar sehingga ratusan atau menanggung kos bulanan yang membebankan. Hanya bayar sekali dan anda boleh gunakan Sistem Akaun MUAB ini sekali seumur hidup!

Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR
Dapatkan Sekarang Di Sini -->http://bit.ly/2dr8kWR

Adakah anda fikir post ini boleh memberi manfaat kepada rakan, partner, saudara, abang, adik atau kakak yang menjalankan bisnes??

Jika YA, maka anda perlu LIKE & SHARE post ini atau TAG mereka di ruangan KOMEN untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat.