Thursday 21 January 2016

Meroyan Selepas Bersalin Kerana Suami Tidak Peduli?



Kisah Puan Mija (bukan nama sebenar) yang telah mengalami kemurungan melampau (meroyan) amat mengguris hari. Bukan kerana beliau wanita, tapi naluri ibu amat tersentuh dengan keadaan ini yang sebolehnya boleh dielak.

Puan Mija merayau tak tentu hala hingga terpaksa dicari oleh suaminya kerana hilang sepanjang hari dengan meninggalkan bayi mereka. Puan Mija menarik lampin bayi seolah menarik upih di tepi jalan sambil meracau.

Pernah tak anda melihat peristiwa seperti itu? Atau mungkin pernah mengalaminya? Meroyan bukanlah satu kes biasa tetapi perlu diambil serius. Kerana ada kes hingga boleh mengancam keselamatan bayi bila si ibu mencekik bayinya sendiri. Ada sampai satu tahap kronik boleh membawa kepada membunuh.

Ngeri bukan? Kasihan pada ibu yang menderita sakit meroyan ini. Namun bagaimana ia boleh berlaku? Antaranya adalah kerana tiada sokongan suami dalam tempoh berpantang atau mengalami konflik yang teruk dengan pasangan masing-masing.
Meroyan Kerana Suami

Kisah Puan Mija tadi boleh dijadikan pengajaran. Ini kerana proses bersalin adalah satu proses yang menyakitkan dan selepas bersalin juga adalah tempoh yang sangat rapuh untuk para ibu.

Apatah lagi ibu yang pertama kali menimang bayi, ia adalah satu pengalaman asing pada mereka. Ibu muda yang tiada pengalaman, semuanya baru dan keadaan diri yang tidak berapa sihat, akan mengundang banyak perkara.

Kalau ikut masyarakat Melayu kita dipanggil meroyan atau bahasa inggerisnya adalah baby blues. Masa ini sokongan orang sekeliling sangatlah penting terutama suami. Beri sokongan pada isteri dengan membantunya menguruskan anak atau setidaknya menguruskan rumahtangga buat sementara.

Tanpa sokongan inilah boleh menyebabkan para ibu yang baru melahirkan akan mudah tersinggung, kerana hormon ibu pada ketika ini adalah dalam keadaan tidak stabil. Bayangkan jika dulu ada bayi yang dikandung dalam rahim, sekarang ianya kosong tambahan pula si ibu mengalami keuzuran syarie dan juga kesakitan akibat proses bersalin itu sendiri.

Dari satu sudut lagi juga, masa ini ibu berada dalam keadaan “kotor” maka mudahlah hasutan-hasutan syaitan akan berlaku. Sebab itulah kita digalakkan memasang bacaan Al Quran setiap hari terutama masa tempoh berpantang ini. Kena betul-betul jaga dari segenap aspek.

Meroyan juga boleh berlaku jika isteri merasakan suami sudah tidak memperdulikannya lagi, walhal itu adalah perasaannya sahaja. Maka oleh kerana suami tahu yang waktu ini hormon isteri tidak stabil, sebolehnya cuba layan dan jaga isteri anda sebaiknya.

Pastinya ramai kaum bapa di luar sana yang memahami situasi ini dan Mak Jemah yakin ramai bapa mithali dan penyayang di luar sana. Mereka juga sedang membaca entry ini:)
Apakah Ia Meroyan?

Dari segi lain pula meroyan dikatakan boleh berlaku apabila angin “meroyan” naik ke kepala. Maknanya di sini jika si ibu tidak menjaga kesihatannya semasa berpantang, banyak benda yang boleh menjejaskan kesihatannya kelak. Sebagai contoh ibu berpantang seeloknya memakai stokin tebal sepanjang masa kerana bimbang kaki dimasuki angin. Jika ini diambil remeh ditakuti angin boleh masuk dalam badan dan inilah yang boleh menyebabkan pelbagai sakit pada ibu.

Meroyan ini atau bahasa sainsnya “Postpatrum Depression” ialah satu perubahan emosi, fizikal atau perlakuan yang berlaku pada ibu selepas melahirkan. Biasanya ia paling kerap dikenalpasti semasa empat minggu pertama selepas kelahiran.

Meroyan ini berkait rapat dengan kimia, sosial dan psikologi seseorang ibu yang berubah setelah kehadiran bayi.
Hormon Tidak Stabil Semasa Berpantang

Hormon mengalami penurunan mendadak selepas bersalin. Hormon estrogen dan progesteron ini mengalami penurunan selepas ibu melahirkan. Ini juga adalah salah satu faktor yang berkait rapat yang boleh menyebabkan emosi ibu tidak stabil.
Meroyan Berlaku Kerana Ibu Tertekan

Perubahan sosial dan psikologi juga berubah setelah kelahiran bayi. Situasi pertama kali mendapat bayi juga menambahkan lagi tekanan pada ibu yang kebiasaannya inginkan yang terbaik untuk bayi tetapi mungkin tidak mampu membuatnya sendiri melainkan terpaksa dibantu orang terdekat. Jika tiada sokongan dari segi emosi dan fizikal ini, maka meroyan mudah terjadi.





Di sinilah peranan suami sangat perlu. Apa kata suami ambil cuti beberapa hari, bantu uruskan anak-anak lain jika ada, bantu uruskan rumah, atau tak mampu boleh upah orang untuk uruskan rumah supaya isteri tidak naik darah bila melihat rumah macam tongkang pecah.

Tanda-Tanda Meroyan

  • Keletihan yang melampau
  • mood yang sentiasa berubah setiap masa
  • berasa sedih, marah, dalam masa yang sama
  • tidak cukup tidur

Tanda yang lebih kronik adalah si pesakit akan berasakan diri sendiri tidak berguna, rasa bersalah yang amat,rasa tiada harapan, rasa tiada orang yang dapat membantu atau lebih buruk adalah ingin membunuh diri.

Cara-Cara Untuk Elakkan Meroyan

minta bantuan orang lain. Jangan fikir inginkan kesempurnaan dan semua ingin dibuat sendiri. Boleh minta bantuan orang yang terdekat untuk membantu kita menguruskan bayi semasa tempoh berpantang.

  • Buat sedikit senaman, berjalan di sekitar rumah, tengok pemandangan luar, jangan terperap sahaja di dalam bilik, ia buatkan anda berasa tertekan.
  • Amalkan diet yang seimbang dalam pemakanan harian.
  • Eratkan hubungan dengan pasangan. Bagi si suami, masa ini belai dan layanlah isteri anda sebaiknya.
  • Tidur bila bayi anda tidur untuk mengelakkan keletihan melampau.

Yang jelasnya meroyan ini boleh terjadi pada sesiapa sahaja dan sudah pasti susah untuk dijangka. Perubahan hormon yang sangat berbeza semasa hamil dan selepas melahirkan membuatkan emosi juga terganggu. Sebab itu untuk ibu berpantang, pastikan anda jaga pemakanan, jaga kesihatan dan dapatkan vitamin terbaik semasa berpantang.

Dari segi saintifik, dibuktikan yang vitamin b boleh melegakan tekanan pada ibu kerana ia mengandungi vitamin B5 iaitu Pantothenic Acids. Ini kajian doktor tau bukan kajian Mak Jemah.

Bersama kita mencegah sebelum parah.

Wednesday 20 January 2016

Muntah & loya petanda baik untuk ibu hamil



Muntah dan mual semasa awal kehamilan biasa kita dengar kan. Tahap kronik lagi, nak cerita semula pun rasa boleh bayangkan keadaan masa tu hingga cakap kat husband,


Nanti tolong ingatkan saya tak nak mengandung lagi…

Teruk benor kan keadaan kalau macam tu. Hanya yang alami keadaan ini sahaja akan memahami terutama ibu-ibu yang mengalami alahan extreme macam MJ. Kalau yang muntah-muntah loya biasa tu masih boleh tahan lagi, tapi kalau yang jenis luarbiasa akan bawa mudarat yang lain.

MJ dulu kedua-dua kehamilan macam tu. Tak boleh langsung nak telan makanan, hatta air pun. Masa tu yang ingat hanya boleh makan laici dalm tin tu (itupun lepas makan setengah jam keluar balik) dan juga koko krunch. Kurus kering jadinya ok. Menangis setiap hari. Pahala..pahala..
Kenapa Boleh Rasa Mual Nak Muntah?

Rasa loya dan nak muntah ni boleh berlaku di usia kandungan 6 minggu. Tapi ada juga yang boleh berlaku seawal minggu keempat kandungan, terpulang pada badan ibu masing-masing.

Ia boleh berlarutan hingga minggu ke 14 tetapi ada juga ibu yang tak hilang loya dan muntah tu sehingga bersalin.

Sebenarnya tiada sebab yang spesifik boleh menyatakan kenapa berlakunya muntah dan loya ini semasa hamil. Tetapi ia amat berkai rapat dengan hormon semasa hamil.


Hormon HcG -ini adalah hormon kehamilan yang mana dipercayai bila meningkat, ia seiring dengan rasa loya tu tadi. Kehamilan kembar membuatkan ibu mempunyai lebih banyak hormon HcG. Maka kebarangkalian untuk loya dan muntah itu lebih tinggi (bergantung pada badan seseorang).

Apa pulak hormon HcG ni? Ia sebenarnya tanda kehamilan anda sihat.


Human Chorionic Gonadotropin

Berbelit lidah nak sebut benda ni kan. Ia dihasilkan semasa mengandung, kalau tak hamil benda ni takde tau. Ia dihasilkan oleh sel untuk membentuk plasenta. Hormon ni memelihara telur setelah ia disenyawakan dan melekat di dinding rahim.

Bermakna adanya hormon ini menunjukkan kehamilan yang sihat kan. Sebab ia jaga telur tu. Petanda baik untuk ibu yang hamil dan tengah alami loya pening dan muntah sekarang.

Ketahuilah ia tanda kehamilan anda sihat dan dipercayai kandungan yang sebegini akan melahirkan bayi yang sihat walafiat juga.

Bertabah sebentar untuk kepentingan bayi dalam perut anda ok. Bila dah tahu ianya baik untuk kandungan, ibu akan rasa lega. Tahniah untuk ibu hamil dan selamat melahirkan nanti:)

CARA KESAN PERANAKKAN JATUH



Masalah peranakan jatuh Adalah Sangat merbahaya bagi wanita dan peranakan atau rahim boleh jatuh tanpa anda sedari

Mungkin normal bagi wanita yang pernah bersalin untuk jatuh peranakan. Kadang-kadang anak dara pun boleh jatuh peranakan di sebabkan nature of work mereka.

Pramugari dan atlet yang masih anak dara pun ada. Ini kerana pramugari perlu angkat barang berat di kabin dan Atlet yg melompat-lompat ni senang jatuh peranakan mereka.

Tahukan anda peranakan jatuh adalah antara punca utama sukar untuk hamil, peranakan jatuh yang lebih di kenali sebagai prolapse atau rahim turun boleh juga berlaku, di sebabkan kelemahan pada otot pelvik yang menampung kedudukan rahim atau jika ada tekanan tinggi dalam abdomen yang boleh menyebabkan rahim turun atau berada di luar lubang faraj.


Antara Simptom Peranakan Jatuh

Rasa berat disekitar kawasan ari2. Rasa ada benda je yg bergayut. Tak pun rasa ada benda nak terkeluar dkt area pembukaan faraj tu.

Senang terkencing bila bersin dan batuk. Tetapi jika wanita tu ada masalah lantai pelvik lemah pun boleh membuatkan dia terkencing masa batuk dan bersin juga
Kencing rasa tidak lawas. Even dah ke toilet. Tapi rasa macam ada je lagi air kencing nk keluar. Bila diteran tak ada apa yangg keluar.

Senak bila bersama suami. Ini very obvious.
Sakit pinggan yg seperti sakit melingkar kawasan pinggang tungking dan ari2.
waktu petang especially lepas asar rasa nak demam. sejuk kaki dan tangan.
peha dan betis rasa kebas-kebas.

Jika anda mengalami simptom di atas, di sini terdapat 2 cara untuk anda kesan peranakan/rahim jatuh:

Cara Kesan Peranakan Jatuh 1

Kedudukan Baring

Letakkan ibu jari kita kat dalam pusat, sekiranya terasa macam ada nadi berdenyut-denyut memberi tanda peranakan kita berada di tempat yang betul. Tetapi sekiranya terasa dari bawah pusat bermakna tandanya perlu berurut untuk menaikkan semula bahagian peranakan ibu.

Kedudukan Mencangkung

Semasa memasukkan jari ke dalam ‘kilang’ dan cuba sentuh objek berbentuk bulat. Ia lembut dan seperti guli. Sekiranya ibu dapat mencapainya dgn mudah, bermakna peranakan ibu sudah mula menggelongsor turun dari kedudukan sepatutnya. Untuk kepastian lagi, boleh ambil cermin dan tengok pada samada daging terkeluar.


Cara Kesan Peranakan Jatuh 2

baring lurus. jangan gunakan bantal.

sapu minyak gamat / minyak serai / minyak kelapa / minyak kelapa dara pada perut dan atas tundun especially di bawah pusat.
gosok minyak ke seluruh tempat perlahan-lahan.
mulakan dengan urutan di sebelah kiri perut dan bawa ke tengah.
urut sebelah kanan perut dan tarik ke tengah.
bernafas seperti biasa. cuba tekan bahagian bawah pusat, betul-betul di atas tundun.
kalau rasa sengal dan ada rasa benjolan kecil.. confirm… peranakan anda dan jatuh!!

~Jangan Tunggu Lagi Untuk Kepastian Elokla Anda Mendapatkan Rawatan Dari Pihak Yang Pakar Sila Alert Wahai Wanita!!

Tuesday 19 January 2016

20 Pilihan Makanan Untuk Banyakkan Susu Ibu




Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.


Pilihan 20 : Selain itu boleh juga usaha dengan NUTRISI MILK BOOSTER dari JAMU BIDAN.
  • Meningkatkan pengeluaran air susu ibu secara semulajadi dengan herba mengikut sunnah.
  • Meningkatkan kekuatan mental dan kecergasan fizikal ibu sepanjang menyusukan bayi 
  • Nyahtoksik dalam badan anti penuaan, melancarkan darah ibu dalam pantang.
  • Membakar lemak secara semulajadi, meningkatkan sistem imun tubuh.
  • Menguatkan otot serta organ-organ ibu menyusu
  • Kaya anti oksidan,protein,fiber,karbohidrat kompleks,vitamin b kompleks,semua asid amino perlu,linoleneic asid (omega 3 dan omega 6)
  • Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak seusia 2 tahun hinggalah orang tua,lelaki dan wanita serta ibu mengandung


Bagaimanakah payudara saya berubah semasa hamil?




Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda mula bersiap-sedia untuk menyusukan bayi. Salah satu tanda bahawa anda sedang hamil ialah payudara menjadi lembut dan membengkak. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon dalam badan anda.

Anda juga mungkin mendapati bahawa areola, iaitu bahagian kulit di sekitar puting anda, menjadi lebih gelap dan bintik-bintik kecil mula keluar. Perubahan warna areola ini sebenarnya ialah kaedah semula jadi untuk memberi panduan visual kepada bayi anda ke mana harus dituju apabila hendak menyusu.

Bintik-bintik kecil di sekitar areola pula menghasilkan bahan berminyak yang membersih, melicin dan melindungi puting anda daripada jangkitan semasa penyusuan badan.

Menjelang kelahiran bayi, tisu-tisu kelenjar dalam payudara anda akan membesar dua kali ganda. Apabila susu mula keluar selepas bayi dilahirkan, anda akan rasa payudara menjadi lebih berat dan penuh. Setiap satunya mungkin bertambah berat sebanyak 700 gram!

Bagaimanakah payudara menghasilkan susu?

Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan:


Alveoli. Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

Duktul. Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

Duktus susu. Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.



Ketika sedang hamil, anda mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu anda telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, anda sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Selepas bayi anda dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak anda.

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin boleh membuatkan anda rasa lebih bersifat keibuan, dan oleh itu sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan.


Bilakah saya boleh mula menyusukan bayi saya?

Anda boleh mula menyusukan bayi sebaik sahaja dia dilahirkan. Susu pertama yang anda berikan kepada bayi dipanggil kolostrum. Kolostrum bersifat pekat, kelihatan berkrim, kaya dengan protein dan rendah kandungan lemak.

Cecair istimewa yang mudah dihadam ini kaya dengan antibodi dipanggil immunoglobulin yang dapat melawan penyakit dan menguatkan sistem ketahanan badan bayi anda.

Susu anda akan keluar kira-kira tiga hari selepas anda melahirkan. Ini adalah masa apabila tahap prolaktin telah stabil dan anda boleh menghasilkan susu badan dan bukan lagi kolostrum.

Apakah yang berlaku apabila bayi anda mula menyusu?


Untuk membolehkan bayi anda menikmati susu badan anda, ia perlu dilepaskan daripada alveoli. Proses ini dikenali sebagai limpahan (letdown). Beginilah ia berlaku:

Apabila bayi anda menghisap, sensasi pada puting anda menyebabkan sebahagian daripada kelenjar pituitari anda membebaskan hormon oksitosin ke dalam aliran darah anda.
Apabila oksitosin sampai ke payu dara, ia menyebabkan otot-otot kecil di sekeliling alveoli yang dipenuhi dengan susu untuk menguncup dan mencengkam lantas membebaskan susu.
Susu anda mengalir sepanjang duktus yang terletak di sebalik areola.
Apabila bayi anda minum, dia menekan susu daripada duktus masuk ke dalam mulutnya.


Tatkala aliran susu anda meningkat semasa limpahan berlaku, anda juga mungkin rasa sedikit sakit seperti mencucuk-cucuk pada payudara anda. Susu anda mungkin menitik-nitik atau menyembur keluar. Jika payudara anda membengkak dan sakit dalam beberapa hari pertama ini, menyusui bayi dengan kerap dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Anda mungkin rasa kontraksi dalam perut anda dalam beberapa hari pertama bayi mula menyusu. Ini dipanggil kesakitan susul (afterpains), dan rasanya seperti kontraksi hendak bersalin yang tidak kuat. Ini disebabkan oleh hormon oksitosin yang sedang mengecutkan uterus anda kembali ke saiz asal.

Oksitosin jugalah yang menyebabkan kontraksi uterus semasa kelahiran. Ketika menyusukan, anda juga mungkin rasa tenang, puas dan gembira. Tidak hairanlah oksitosin juga dikenali sebagai hormon kasih sayang!

Bagaimanakah payudara saya menghasilkan susu yang cukup untuk memenuhi keperluan bayi saya?

Ketika bayi anda sedang menyusu, hisapannya menyebabkan lebih banyak hormon prolaktin dibebaskan. Prolaktin merangsang badan anda supaya menghasilkan lebih banyak susu. Ini merupakan pesanan kepada payudara supaya membuat susu yang cukup bagi sesi penyusuan yang seterusnya.

Selepas beberapa jam, tahap prolaktin turun semula, tetapi akan meningkat kembali apabila bayi anda menyusu lagi. Dengan ini, lebih kerap bayi anda menyusu, lebih banyak prolaktin dalam aliran darah anda untuk menggalakkan pengeluaran susu. Ini juga merupakan sebab mengapa haid anda terhenti. Sesetengah ibu menggunakan penyusuan badan sebagai satu kaedah perancang keluarga.

Walau bagaimanapun, tindak balas prolaktin terhadap penyusuan akan beransur-ansur kurang dan haid anda akan kembali. Haid anda mungkin akan kembali walaupun anda masih menyusukan bayi secara eksklusif.

Namun begitu, anda masih mempunyai banyak susu. Menjelang waktu ini, penghasilan susu tidak lagi bergantung kepada prolaktin, sebaliknya kepada rangsangan daripada penyusuan bayi.

Susu ibu mengandungi protein istimewa yang dipanggil perencat maklum balas laktasi (feedback inhibitor of lactation - FIL) yang memberitahu payudara berapa banyak susu perlu dihasilkan. Jika bayi anda kerap menghabiskan susu pada sebelah payudara, tahap FIL dalam payudara itu akan rendah. Tahap FIL yang rendak mengingkatkan penghasilakan susu.

Jika susu kerap tidak dihabiskan, mungkin kerana bayi anda telah mula makan makanan pejal, maka FIL akan meningkat dan pengeluaran susu akan berkurangan.

FIL bertindak setempat, di dalam setiap payudara secara berasingan. Ini bermakna, anada boleh mengurangkan penghasilakn susu dalam sebelah payudara dan meneruskan penyusuan bayi dengan payudara sebelah lagi. FIL juga adalah sebab mengapa tidak mustahil satu payudara menghasilkan susu yang cukup untuk diminum oleh bayi sehingga kenyang. Ia juga menerangkan mengapa seorang ibu yang mempunyai anak kembar boleh menyusukan kedua-dua bayinya pada masa yang sama.

Saturday 16 January 2016

KENAPA PERLU PANTANG AIS?



Anda pengemar ais????
Tak boleh hidup tanpa ais????


Jom baca...masalah apa yang wanita dan lelaki akan dapat..jika membayangkan ais seperti " irama dan lagu".....

Ais berasal daripada air kosong yang dibekukan dan ianya bersifat sangat sejuk. Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama terutamanya rakyat Malaysia kini kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.

Memandangkan cuaca dan suhu di Malaysia saban hari semakin meningkat, pengambilan ais setiap hari oleh manusia semakin berlebihan. Mana tidaknya, jika diperhatikan, pada awal pagi atau ketika sarapan pagi, minuman berais akan menjadi pilihan.

Namun begitu, perlu anda ketahui bahawa minuman berais boleh menjadi asas kepada penyakit kronik dan membawa keburukan.

Sistem Reproduktif Wanita

1. Minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersumbat dan perjalanan darah tidak lancar. Keadaan ini akan menjadikan darah haid akan melekat di dinding rahim.

Darah haid yang tersisa melekat di dinding rahim akan menyebabkan ketumbuhan dan juga kanser rahim.

2. Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim.

3. Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk.

Sistem Reproduktif Lelaki

1.Keburukan ais terhadap sistem reproduktif lelaki boleh menyebabkan uluran atau hernia. Dalam bahasa lainnya juga dipanggil angin pasang.

Selain itu, amalan minum minuman berais dalam kalangan lelaki boleh melemahkan tenaga batin lelaki dan juga menyebabkan penghasilan mani yang tidak berkualiti.

Pssst..

Nak cantik..tak menten panasss..berahi utk suami anda sila katakan "tidak kepada ais"

Semoga bermanafaat...


Monday 11 January 2016

FORMULA MURAH REZEKI

{BACA DENGAN GEMBIRA ^_^ **

MEMBACA itu WAJIB

>>>>RAHSIA PEMBERSIHAN KOLAM JIWA YANG PALING BERKESAN MENARIK REZEKI<<<<

EDISI 5 TERBAIK (BEST SELLER)
----------------

“Formula terbukti berjaya untuk menarik rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan hati, kekayaan harta dan jiwa, serta keberkatan hidup di DUNIA dan di AKHIRAT”

SANGAT SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI PENYAKIT DI BAWAH:

1) DENGKI
2) SAKIT HATI DENGAN ORANG
3) CEMBURU
4) MURUNG
5) SEDIH
6) MASALAH KOMUNIKASI
7) LALAI
8) LUPA
9) TAK CUKUP DUIT
10) MERASA DIRI HEBAT
11) RIAK
12) BERCELARU
13) TIDAK TENANG TIDUR
14) SUKA FIKIR MASALAH
15) TIDAK TAHU MEMBETULKAN NIAT
16) SUKA FIKIR BUKAN-BUKAN
Dan banyak lagi..

 Jika dibaca penuh penghayatan


LIHAT APA KATA PEMBACA EBOOK 70 FORMULA REZEKI INI
=====================================

"Baru2 akak dilanda satu masalah dlm diri akak.... masa tu mmg lost.. sehingga akak rasa mcm gelap aje dunia ni pada kemuncak masalah tu.. sehingga satu mlm... akak baca blk ebook nora hingga tertidur.. bangun pagi.. akak rasa lain sgt.. mcm ada satu semangat baru.. masalah tu jd kecik pulak.. start dari mlm tu.. mmg akak akan selalu baca.. bila akak fikir balik... baru akak perasan.. ebook nora kandungan dia "happy2..".. membakar semangat.. sbb tulah.. kalau akak bc seblm tidur.. bila bangun pagi mood jd happy n bersemangat...."    -CIKPUAN NOR ZAHIDAH ARIFFIN


BERMINAT MILIKI EBOOK INI? TEMPAH SEKARANG.
500% BERKESAN. SETIAP HARI PASTI TERSENYUM 24 JAM. ^_^

Jaminan wang dikembalikan 500% tanpa ragu.
"Red"]TEKAN SINI SEKARANG SEBELUM TAWARAN DITUTUP------>>>

<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=mysuri >>>
<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=mysuri >>>
<<< http://www.formularezeki.com/hop.php?ref=mysuri >>>

Nor  Azura